Automotive News

GWM Cannon cecah 500,000 unit produksi, 66 unit pertama sedia ditempah di Malaysia

Di peringkat global, GWM Cannon telah berjaya mencapai produksi 500,000 unit dari barisan kilang pemasangannya.

Angka itu membuktikan kebolehpercayaan dan ketahanan trak pikap Cannon di seluruh dunia, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan jenama GWM dalam industri automotif.

 

 

Semasa tahun pertama ia dilancarkan pada 2019, GWM Cannon telah berjaya mencatatkan 100,000 unit produksi dan dengan rekod terkininya mencecah 500,000 unit, GWM Cannon telah mencipta rekod baharu selaku trak pikap jenama China.

Menawarkan spesifikasi premium pada harga kompetitif, GWM Cannon Ultra dikuasakan enjin 2.0 liter diesel turbo dipadankan dengan transmisi automatik ZF 8 kelajuan, menghasilkan 163 HP dan 400 Nm.

Ia turut menggunakan sistem pacuan emnpat roda (4WD) pintar , serta datang dengan fungsi empat mod pemanduan.

 

3

 

Pada bahagian dalam, Cannon Ultra menampilkan kemasan kabin dengan sentuhan lembut, serta dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 9 inci (dengan ciri Apple CarPlay + Android Auto) dan kluster instrumen bersaiz 7 inci.

GWM Cannon Ultra juga antara trak pikap yang menawarkan ciri terbaik dalam pasaran dari segi keselamatan dan bantuan pemanduan.

 

4

 

Dilengkapi dengan 7 beg udara, trak pikap itu turut menampilkan sistem bantuan pemanduan tahap 2 yang merangkumi ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC) Automatic Emergency Braking (AEB) Lane-Keeping Assist (LKA) Blind-Spot Detection (BSD) dan kamera 360 darjah.

Walaupun harga rasmi belum diumumkan, namun 66 unit pertama trak pikap GWM Cannon Ultra kini sudah boleh ditempah. Pelanggan yang berminat juga boleh kunjungi pusat pameran GWM untuk melihat sendiri trak pikap tersebut.

 




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button