CARSOME Autofair, Masa Terbaik Jual & Beli Kereta Terpakai!
![jual beli kereta terpakai, carsome autofair teaser](https://driveautonews.com/wp-content/uploads/2023/10/CARSOME-Autofair-Masa-Terbaik-Jual-Beli-Kereta-Terpakai.webp-780x470.webp)
[ad_1]
Setiap bulan, ada saja pameran kereta yang berlangsung di seluruh negara. Selalunya, pameran kereta ini akan disertakan dengan pelbagai tawaran-tawaran istimewa untuk menarik minat pelanggan yang mahu menjual dan membeli kereta.
Biasanya apabila menghadiri pameran kereta, anda bukan saja boleh lihat pelbagai pilihan kereta yang ditawarkan. Nak pandu uji kereta yang dipamerkan pun boleh. Anda juga boleh jual kereta lama anda dan beli kereta yang anda mahukan pada hari tersebut untuk mendapatkan pelbagai promosi istimewa!
Tapi, benarkah bahawa pameran kereta merupakan masa terbaik untuk jual dan beli kereta terpakai?
Apa Yang Biasanya Ditawarkan Semasa Pameran Kereta?
Lebih Banyak Pilihan Kereta Dalam 1 Tempat
Anda boleh terokai pelbagai pilihan kereta yang popular di pameran kereta tanpa perlu pergi ke pusat pengedar yang berlainan. Jadi, acara ini sebenarnya memudahkan anda untuk membuat perbandingan antara jenama dan model yang berbeza di satu lokasi sahaja.
Harga Lebih Murah untuk Kereta Idaman Anda
Harga istimewa dan diskaun menarik untuk waktu terhad adalah tarikan utama pameran kereta. Ini bermakna anda mungkin boleh mendapat tawaran yang lebih baik apabila menjual kereta lama dan membeli kereta idaman anda semasa pameran berbanding dengan hari biasa.
Lebih Ramai Konsultan untuk Membantu Anda
Daripada pemeriksaan, pandu uji, hingga pembelian – semuanya boleh dilakukan di pameran kereta. Disebabkan hal ini, lebih ramai staf atau konsultan akan ditugaskan untuk membantu pelanggan yang menghadiri pameran kereta supaya proses pembelian dan penjualan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Pelbagai Reruai dengan Tawaran Menarik
Suasana di pameran kereta juga lebih meriah kerana ada pelbagai reruai yang dibuka untuk mempromosikan perkhidmatan lain seperti permohonan pinjaman, pembelian insurans, tinted kereta, aksesori kereta, penjagaan kereta dan banyak lagi pada kadar yang lebih rendah daripada biasa.
Artikel berkaitan: Bilakah Masa Terbaik untuk Membeli Kereta?
CARSOME Pernah Buat Pameran Kereta Ke?
Mestilah pernah! Pada tahun ini, sudah dua kali CARSOME menganjurkan pameran kereta – CARSOME Autofair di CARSOME PJ Automall pada bulan Mac yang lalu dan juga di CARSOME Autofair di CARSOME Juru Autocity pada bulan Julai yang lepas.
Kedua-dua acara ini berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai. Terdapat pelbagai promosi menarik yang boleh dinikmati oleh para pengunjung, termasuklah:
- Diskaun berganda-ganda untuk kereta CARSOME Certified
- Waranti percuma
- Wang tambahan apabila menjual kereta
- Dan macam-macam lagi!
Lokasi Seterusnya, CARSOME Johor Jaya!
Pada bulan November nanti, CARSOME Autofair yang ketiga untuk tahun ini akan dilangsungkan di Pusat Pengalaman CARSOME Johor Jaya! Untuk warga Johor yang berminat nak membeli kereta terpakai berkualiti atau menjual kereta lama anda, jangan lupa ikuti halaman Facebook dan Instagram kami untuk ketahui promosi-promosi menarik yang akan disediakan di sana nanti.
Baca mengenai promosi CARSOME Autofair di sini!
Apa Nak Buat Sebelum Pergi ke CARSOME Autofair?
Persediaan secukupnya sebelum pergi ke CARSOME Autofair dapat memastikan anda boleh memanfaatkan tawaran terhad yang kami sediakan sepenuhnya. Jika anda berminat untuk menjual dan membeli kereta di CARSOME Autofair, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
1. Bersihkan Kereta Dulu
Sebelum pergi ke CARSOME Autofair, pastikan kereta dalam keadaan bersih. Manalah tahu jika anda tiba-tiba terfikir untuk jual kereta anda, tak perlulah kelam kabut nak mengemasnya.
2. Sediakan Dokumen Kereta
Untuk membantu mempercepatkan proses menjual atau membeli kereta, bawa sekali semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Penyata gaji tiga bulan terkini
- Penyata bank tiga bulan terkini
- Penyata KWSP
Artikel berkaitan: Ini Jawapan Kepada Soalan Tentang Jual & Beli Kereta CARSOME Yang Anda Kena Tahu!
3. Jangan Lupa Kunci Pendua
Dengan set kunci yang lengkap, anda mungkin boleh mendapatkan harga jualan yang yang lebih tinggi untuk kereta anda. Pembeli juga akan lebih cenderung untuk membeli kereta anda kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih untuk membuat kunci pendua baharu.
4. Sediakan Bayaran Pendahuluan yang Mencukupi
Dah jumpa kereta yang anda mahu? Tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, cukup sekadar untuk menyelesaikan bayaran pendahuluan bagi kereta tersebut. Jika anda tidak mahu menggunakan tunai, jangan risau. CARSOME juga turut menerima pembayaran secara pemindahan dalam talian atau melalui bank untuk memudahkan anda.
Kesimpulannya, memang tak dapat dinafikan bahawa pameran kereta seperti CARSOME Autofair menawarkan pelbagai kelebihan menarik untuk menjual kereta dan membeli kereta terpakai.
Kami harap artikel ini dapat membantu anda memanfaatkan sepenuhnya promosi yang ada pada pameran kereta agar anda boleh dapatkan kereta idaman anda dengan mudah, selamat, dan lancar.
[ad_2]