Malaysia Auto News

Macam Mana Nak Pilih Bengkel Kereta Yang Jujur?

[ad_1]

Apabila kereta anda tiba-tiba berbunyi pelik atau mengeluarkan bau yang tak sepatutnya, maka itu bermakna ada mana-mana bahagian kereta yang rosak. Ini juga bermakna anda perlu (baca: terpaksa) untuk ‘mengorbankan’ duit untuk membaiki apa yang rosak di bengkel kereta. 

Artikel berkaitan: Kereta Anda Tersengguk-Sengguk? Ini Mungkin Antara Punca Kereta Tersengguk-Sengguk

Membaiki kereta di bengkel kereta boleh jadi pengalaman yang sangat tak menyenangkan bagi sebahagian pemandu. Terutamanya bagi mereka yang tidak mahir bab kereta. Ada kemungkinan untuk anda menjadi mangsa penipuan bengkel kereta. 

Jadi, mari kami kongsikan sedikit beberapa tips mudah nak pilih bengkel kereta yang confirm takkan tipu anda. 

Cara Pilih Bengkel Kereta 

1. Ulasan Dalam Talian 

Antara cara paling biasa diamalkan oleh kebanyakan orang adalah dengan menggunakan ulasan dalam talian daripada portal seperti Google. Anda boleh buat carian bengkel yang terdekat dengan anda dan kemudian baca ulasan yang ditinggalkan. 

Jika banyak ulasan yang ditinggalkan ialah baik dan banyak rating lebih empat bintang yang diberikan, maka berkemungkinan besar bengkel tersebut boleh dipercayai. Lebih banyak ulasan yang ditinggalkan, ia adalah lebih baik kerana ia sebagai bukti bengkel tersebut memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. 

2. Tanya Keluarga & Rakan 

Dalam ramai-ramai ahli keluarga atau rakan-rakan anda, mesti ada seorang yang merupakan kaki kereta. Biasanya, kaki kereta ini mempunyai senarai bengkel-bengkel tertentu yang mereka akan pergi untuk membaiki sebarang kerosakan kereta mereka. 

Disebabkan mereka ini lebih tahu tentang kereta, maka anda boleh percayai pilihan yang mereka berikan. 

3. Pomen Suka Bagi Tips

Antara cara untuk anda mengetahui satu-satu bengkel kereta itu bagus ataupun tidak adalah apabila pomen atau mekanik di situ ajar anda supaya kereta anda takkan mudah nak rosak. Lagi bagus jika dia tunjukkan bahagian kereta yang dah rosak untuk yakinkan anda. 

jual beli kereta terpakai, carsome autofair teaser

Sambil membaiki bahagian yang rosak, pomen tersebut akan memberikan tips serta panduan untuk memastikan kerosakan tersebut tidak akan berulang lagi nanti. 

Kalau anda ada terjumpa dengan bengkel ini, anda terus jadikan ia sebagai tempat utama untuk anda hantarkan kereta anda kalau ia rosak lagi. 

Bengkel Yang Jujur Ni Ada Wujud Lagi Ke? 

Sebenarnya, ada banyak bengkel dan pusat servis kereta yang masih lagi jujur dengan pelanggan mereka. Cumanya, bengkel dan pusat servis yang jujur ini tak banyak dapat pendedahan yang sepatutnya. 

Artikel berkaitan: Soalan Wajib Tanya Kepada Pomen Kereta Kalau Tak Nak Kena Tipu

Kalau ada pun yang tahu, mereka takkan hebahkan sebab nak simpan untuk diri sendiri! 

Kalau masih lagi tercari-cari pusat servis kereta yang terbaik untuk anda hantarkan kereta anda, apa kata anda pilih untuk singgah ke Pusat Servis CARSOME. 

Kenapa Pusat Servis CARSOME? 

Saya nak tanya satu soalan. Ada lagi tak mana-mana pusat servis kereta yang tawarkan pakej servis kereta dengan harga tak sampai RM100? Carilah kat mana-mana pun, anda mesti susah nak jumpa pusat servis atau bengkel kereta yang berani bagi harga macam ini. 

Kalau anda nak tahu, Pusat Servis CARSOME menawarkan pakej servis asas pada harga RM98. anda takkan jumpa lagi pakej servis kereta dengan harga yang semurah ini. 

Istimewanya sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2023 ini, jika anda pilih untuk servis kereta dengan mana-mana pakej servis kereta di Pusat Servis CARSOME, kereta anda akan diisi dengan minyak enjin daripada TotalEnergies Premium Oil. 

Ini merupakan apa yang best tentang  minyak enjin TotalEnergies Premium Oil: 

  • Membersihkan enjin anda dengan lebih efektif 
  • Boleh menjimatkan penggunaan minyak 

Beli Pad Brek Dan Boleh Dapat Servis Sanitasi Percuma! 

Selain daripada pakej servis pada harga hanya RM98, Pusat Servis CARSOME juga ada menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi pembelian pad brek untuk semua model kereta tempatan. 

 

Tak cukup dengan itu, kereta anda juga akan disanitasi dengan pembersih Liqui-Moly dengan PERCUMA jika anda ambil pakej servis dan menukar pad brek.  

Pilih Pusat Servis Kereta CARSOME Untuk Servis Kereta Yang Lebih Selamat! 

Kalau anda takut kena tipu masa nak hantarkan kereta anda untuk dibaiki, apa kata anda pilih saja untuk hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME! Ini sebabnya mengapa anda wajib patut jadikan Pusat Servis CARSOME ini pilihan utama kalau nak baiki kereta anda: 

  • Caj pembayaran yang telus 
  • Hanya menggunakan alat ganti tulen 
  • Mekanik yang terlatih 

Selagi mana anda tak bersetuju dengan harga yang kami dah berikan, kami tidak akan membaiki kereta anda. Yang penting, anda gembira dan boleh memandu kembali kereta anda tanpa risau selepas selesai kereta dibaiki.  

CARSOME Service Center exterior

Kalau anda nak hantar kereta anda untuk diservis pun boleh, nak datang terus pun boleh juga. Nak lagi mudah? Apa kata anda buat dulu temu janji DI SINI, tak adalah anda kena menunggu lama bila dah sampai kat sana nanti. 

Layari Pusat Servis CARSOME atau klik sini untuk mengetahui lokasi Pusat Servis CARSOME! 



[ad_2]

Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button