Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah 2024 – 3 Tips Elak Kereta Rosak Mengganggu Mood Bercuti Anda. – Insights
Dapatkan kalendar cuti umum 2024 disini. Ketahui juga cara – cara bagi memastikan kereta anda bebas rosak semasa anda bercuti.
Tarikh cuti umum bagi bulan Januari 2024:
-
1 Januari : Tahun Baru (Tidak Termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
-
14 Januari : Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
-
15 Januari : Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
-
25 Januari : Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
Tarikh cuti umum bagi bulan Februari 2024:
-
1 Februari : Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
-
8 Februari : Israk dan Mikraj ( Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
-
10 Februari : Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
-
11 Februari : Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
-
12 Februari : Cuti Tahun Baru Cina ( Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
10 dan 11 Februari merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina
Tarikh cuti umum bagi bulan Mac 2024:
-
4 Mac : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
-
12 Mac : Awal Ramadhan (Johor, Kedah & Melaka)
-
23 Mac : Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
-
28 Mac : Hari Nuzul Al-quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak
-
29 Mac : Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
12 Mac adalah dijangka hari pertama permulaan Bulan Ramadhan yang menandakan bermulanya ibadah berpuasa bagi umat Islam di Malaysia.
Tarikh cuti umum bulan April 2024:
-
10 April : Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
-
11 April : Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
-
15 April : Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
-
26 April : Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
Hari Raya Aidilfitri dijangka bakal disambut pada 10 April mengikut kalendar 2024
Tarikh cuti umum May 2024:
-
1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
-
17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
-
22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
-
22 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
-
30 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)
-
31 Mei – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)
Cuti Am bagi kalendar Mei 2024 adalah untuk negeri tertentu sahaja kecuali Hari Pekerja dan Hari Wesak
Tarikh cuti umum bulan Jun 2024:
-
1 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
-
2 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
-
3 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)/Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
-
16 Jun – Hari Arafah (Terengganu)/Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
-
17 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
-
18 Jun – Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
Tarikh cuti umum bulan Julai 2024:
-
7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)/Awal Muharram (Semua Negeri)
-
8 Julai – Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)/Cuti Awal Muharram (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
-
13 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
-
22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
-
30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)
Cuti umum bagi keseluruhan negeri adalah hanya pada 7 Julai
Tarikh cuti umum bulan Ogos 2024:
Tarikh cuti umum pada bulan September 2024:
-
15 September – Maulidur Rasul (Semua Negeri)
-
16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
-
29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
-
30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)
Tarikh cuti umum bagi bulan Oktober 2024:
-
5 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
-
12 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
-
31 Oktober – Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)
Tarikh cuti umum bagi bulan November 2024:
Tarikh cuti umum bagi bulan Disember 2024:
-
11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
-
24 Disember – Cuti Hari Natal (Sabah sahaja)
-
25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)
Pejam celik pejam celik, rupanya kita sedang menghampiri hujung tahun 2023. Semestinya yang bermain dalam pikiran anda adalah CUTI ! Cuti umum dan cuti sekolah semestinya musim yang dinantikan bagi semua rakyat Malaysia. Sudah tentu, anda mempunyai banyak persediaan yang perlu dibuat, salah satunya adalah KERETA!
Sama ada untuk dipandu jarak jauh atau untuk ditinggalkan lama di rumah, pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik. Jom baca tips bagi memastikan kereta anda dalam keadaan ‘tip-top’.
-
Periksa tayar, minyak hitam, minyak gear, coolant, dsb.
Pastikan tayar anda berada dalam keadaan memuaskan sebelum memulakan perjalanan. Bagaimana caranya? Anda perlu memeriksa bunga tayar, kondisi fizikal tayar tersebut, dan pastikan tekanan angin tayar yang sesuai. Awas! Jika tayar anda menunjukkan tanda-tanda lusuh seperti gambar di bawah, sebaiknya tukar tayar anda sebelum memulakan perjalanan.
Apa jadi kalau tayar kurang angin? Jom belajar cara untuk pam tayar dengan betul! Pertama sekali, anda boleh merujuk kepada stiker Maklumat Tekanan Tayar (Tire-Loading Information) yang ditampal di sebelah dalam pintu pemandu. Lihat gambar dibawah untuk contoh stiker tekanan tayar pada kereta Perodua Myvi dan Proton Saga.
Ok, selesai isu tayar. Jom periksa minyak hitam kereta anda pula. Cara nya dengan menarik dipstick dan periksa warna serta takat minyak. Selain itu, jangan lupa untuk periksa minyak gear, air atau coolant, serta keadaan sekitar ruang enjin. Jika semuanya OK, anda boleh teruskan rancangan percutian anda dengan lebih tenang.
-
Servis kereta, betulkan alignment, pasang tinted cermin kereta
Pemeriksaan asas yang dibuat sendiri mungkin tidak mencukupi. Jika kereta anda sudah menghampiri tarikh/mileage untuk servis seterusnya, sebaiknya hantarlah ke pusat servis sebelum pergi bercuti. Inilah peluang anda untuk mendapatkan perkhidmatan dari pusat servis bagi memeriksa tahap bateri kereta, wiring, alignment tayar, kondisi rim sekiranya ada lekuk, dan macam-macam lagi.
Jangan lupa, cermin kereta juga perlu diperiksa. Memandu dalam cuaca panas bersama keluarga akan jadi lebih selesa jika filem cermin gelap atau “tinted” berada dalam keadaan baik. Perlu diingatkan bahawa ‘tinted’ cermin gelap kereta anda mempunyai tarikh luput antara 5 – 7 tahun. Oleh itu, pertimbangkan pemasangan baru ‘tinted’ kereta atau tambah di bahagian-bahagian yang perlu mengikut panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti di bawah:
-
Anda nak tinggalkan kereta dalam jangka masa lama? Pastikan anda cabut terminal bateri kereta!
Kereta yang ditinggalkan terlalu lama kadangkala akan timbul masalah seperti bateri ‘kong’, dimasuki tikus, terdedah dengan cuaca, dan macam-macam lagi. Belajar cara mencabut sambungan terminal bateri seperti dibawah:
-
Cari terminal positif (+, selalunya warna merah) dan negatif (-, selalunya warna hitam)
-
Gunakan spana untuk longgarkan pengapit sambungan. Cabut keluar kabel negatif (-) daripada terminalnya terlebih dahulu bagi mengelakkan aliran cas elektrik.
-
Setelah selesai, cabut kabel positif (+) pula.
Selain menanggalkan sambungan terminal bateri kereta, anda juga boleh menyarung pelindung kereta/car protector supaya keseluruhan badan kereta tertutup sempurna. Memandangkan cuaca masa kini yang tidak menentu, pelindung penuh yang menutup ‘underbody’ kereta boleh meningkatkan tahap perlindungan kereta anda daripada risiko banjir dan haiwan perosak.