Malaysia Auto News

Kenapa Anda Kena Jual Kereta Elektrik Di CARSOME?

[ad_1]

Sehingga tahun 2022, dianggarkan terdapat lebih daripada 10,000 buah kereta elektrik yang dipandu di Malaysia. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat pada tahun 2023 dengan pelbagai lagi jenama antarabangsa akan membawa masuk banyak model kereta elektrik ke dalam pasaran Malaysia. 

Dengan model paling asas bermula pada harga sekitar RM100,000 (ketika artikel ini ditulis) dan ditambah lagi pelbagai manfaat lain memiliki kereta elektrik, makin ramai rakyat Malaysia tertarik untuk menjadikan kereta elektrik sebagai kenderaan pilihan mereka nanti. 

Walaupun menawarkan pelbagai manfaat bagi penggunanya, kereta elektrik ini tetapi mempunyai kelemahannya yang tersendiri iaitu anda susah untuk menjualnya kembali ke pasaran sekunder seperti kereta petrol biasa. 

Artikel berkaitan: Ciri Keselamatan Adalah Kelebihan Kereta Elektrik, Betul Ke?

Susah ke Nak Jual Kereta Elektrik? 

Katakanlah sekarang anda memiliki kereta elektrik model A tetapi ingin menaik taraf kepada kereta elektrik model B yang menawarkan lebih banyak ruang dan kuasa. Tetapi anda cuma mampu untuk memiliki satu saja kereta elektrik pada satu-satu masa. 

Jadi anda ambil keputusan untuk menjual kereta elektrik yang anda ada. Inilah masalah utamanya, tak banyak penjual kereta terpakai yang membeli semula kereta elektrik terpakai. 

 

electric car malaysia

Kenapa kebanyakan penjual kereta terpakai tidak membeli semula kereta elektrik? 

Secara strukturnya, kereta elektrik tidak sama seperti kereta konvensional biasa. Komponen yang dimiliki serta alat gantinya juga tidak sama. Jika penjual kereta terpakai ingin membeli kereta elektrik, mereka terpaksa menambah peralatan khusus yang sangat mahal untuk memeriksa kereta ini. 

Selain itu, mekanik kedai menjual kereta juga perlu untuk melalui latihan membaiki kereta elektrik. Di situ, kedai kereta terpaksa melaburkan banyak duit hanya semata-mata untuk mereka membeli kembali kereta elektrik. 

Artikel berkaitan: Kereta Elektrik di Malaysia Ada Banyak Kos Tersembunyi, Betul Ke?

Disebabkan itu, kebanyakan pemilik kereta elektrik terpaksa menjual kereta mereka sendiri menggunakan platform media sosial atau paltform jual beli dalam talian. Menjual kereta melalui cara ini boleh mengambil masa yang sangat lama untuk kereta elektrik mereka terjual. 

Jadi, sangat susah untuk pemilik kereta elektrik yang ingin menjual kenderaan mereka kepada penjual kereta terpakai yang ada. Tapi, betul ke tak ada langsung penjual kereta terpakai yang membeli kereta elektrik?

Siapa kata tidak ada? 

Dah Boleh Jual Kereta Elektrik kat CARSOME? 

Pengedar dan penjual kereta terpakai terbesar di Asia, CARSOME kini telah menerima penjualan kereta elektrik di Malaysia. Ini ialah berita baik kepada semua pemilik kereta elektrik di Malaysia yang ingin menjual kenderaan mereka. 

Ini bermakna pemilik kereta elektrik yang ingin menjual kenderaan mereka tidak perlu lagi iklankan kereta di media sosial dan platform jual beli dalam talian yang lain serta perlu menunggu lama sehingga kereta mereka terjual. 

Macam Mana Nak Jual Kereta Elektrik di CARSOME? 

Sebelum anda pergi ke CARSOME untuk menjual kereta, ini apa yang perlu anda tahu tentang proses penjualan kereta elektrik di CARSOME: 

1. Waranti Kereta Elektrik Perlu Masih Aktif 

Sebelum anda menjual kenderaan anda, anda perlu memastikan waranti kereta elektrik anda masih lagi aktif. Sekurang-kurangnya untuk 6 bulan sebelum ia luput ketika anda ingin menjual kereta elektrik anda kepada kami. 

2. Pemeriksaan & Penjualan Hanya Dibuat di CARSOME PJ Automall 

Proses pemeriksaan dan penjualan kereta elektrik anda hanya boleh dibuat di CARSOME PJ Automall di Petaling Jaya. Untuk membuat tempahan janji temu pemeriksaan, anda boleh layari laman web CARSOME

Why is CARSOME's used car prices expensive?

Bagi mereka yang berada di luar Lembah Klang yang ingin menjual kereta elektrik mereka, anda boleh hubungi talian 1-800-82-3388 atau e-melkan minat anda di info@carsome.com

3. Jualan dalam Bentuk Bidaan 

Penjualan kereta elektrik hanya boleh dibuat secara bidaan dalam talian. Setelah kereta anda diperiksa, bidaan akan terus dibuat. Setelah selesai bidaan, anda akan dikehendaki untuk bertemu dengan pembeli yang berjaya memenangi bidaan untuk melihat kereta di PJ Automall sebelum urusan penjualan kereta dijalankan. 

Customer shaking hands after buying a car

4. Jangan Lupa untuk Bawa Pengecas Kereta Sekali! 

Semasa proses penjualan kereta, anda dikehendaki untuk membawa sekali pengecas kereta anda. Jika anda gagal untuk membawa pengecas kereta anda untuk apa saja sebab, sebanyak RM3,000 akan ditolak daripada harga akhir kereta anda. 

Artikel berkaitan: Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Cara Cas Kereta Elektrik

Jual Kereta Elektrik Anda di CARSOME! 

Buat anda yang ingin menjual kereta elektrik anda dan tak berjumpa lagi dengan penjual kereta terpakai yang boleh terima kenderaan anda, apa kata anda pilih saja CARSOME.

Setakat hari ini daripada tahun 2015 lagi, lebih 300,000 pelanggan yang telah menjual kereta mereka kepada CARSOME. Dan jumlah ini terus meningkat! Tapi, kenapa ramai sangat yang pilih kami? 

Sell your used car to CARSOME at these locations in Kuala Lumpur

Demi kemudahan anda, ini apa yang kami buat supaya anda tidak ragu-ragu untuk memilih kami untuk menjual kereta anda: 

1. Pemeriksaan Profesional oleh Pakar 

Setiap inci kereta anda akan diperiksa oleh pemeriksa CARSOME. Kami memeriksa 175-titik untuk memastikan kami boleh memberikan harga yang terbaik kepada anda. 

2. Tiada Bebanan Kertas Kerja. Kami Buat Semuanya untuk Anda! 

Kalau nak jual kereta, kena sediakan dokumen itu ini kan? Kalau anda jual dengan CARSOME, tak payah susah-susah. Kami akan uruskan semuanya. Bawa kereta. Bawa diri. Lain-lain semua kami akan uruskan untuk anda. 

3. Harga Tawaran Tinggi Untuk Kereta Anda! 

Kalau anda jual kereta anda kepada CARSOME, kami akan memberikan harga yang tertinggi sesuai dengan harga pasaran semasa kereta yang ingin dijual. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada keadaan kereta yang anda ingin jual. 

3. Pembayaran Pantas dalam Masa 48 Jam 

Kalau anda nak jual kereta kepada CARSOME, berapa lama anda akan dapat bayaran anda? 

CARSOME akan membayar kepada anda dalam tempoh masa 48 jam. Tetapi, anda mungkin akan tak perlu menunggu lama pun untuk bayaran masuk. Mungkin dalam tempoh beberapa jam saja, duit jualan kereta anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pilihan anda. 

Sell your used car to CARSOME at these locations in Kuala Lumpur

Anda merancang nak jual kereta elektrik milik anda? Cepat-cepat layari laman web CARSOME untuk memulakan perjalanan menjual kereta elektrik anda dengan tanpa sukar sekarang! 



[ad_2]

Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button