Refer Kawan Anda Ke CARSOME & Nikmati Ganjaran Lumayan!

[ad_1]
Tahniah! Anda dah berjaya jual kereta lama anda dan anda juga dah dapatkan kereta yang anda impikan selama ini dengan CARSOME.
“Cantik kereta kau, dekat mana beli ni?”
“Banyak betul kau untung, kau jual kereta lama dekat mana?”
Pasti ramai dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan anda bertanyakan soalan di atas selepas melihat kereta baharu anda. Dengan senang hati, anda terus beritahu mereka yang anda buat semuanya di CARSOME sambil berkongsi tentang pengalaman terbaik yang anda terima di sini.
Tapi, macam mana kalau anda boleh dapat ganjaran yang menarik setiap kali anda merujuk keluarga dan kawan-kawan anda untuk membeli dan menjual kereta dengan CARSOME? Jom lihat apa ganjaran yang anda bakal dapat bila refer kawan anda kepada CARSOME!
Beli Kereta di CARSOME & Kongsi Kod Rujukan Anda untuk Dapatkan Ganjaran Sehingga RM1,500!
Apabila anda membeli kereta dengan CARSOME, anda akan menerima kod rujukan yang boleh dikongsikan kepada lima orang kawan untuk dapatkan wang ganjaran sehingga RM1,500!
Nak tahu macam mana anda nak dapatkan kod rujukan anda dan cara untuk menggunakannya? Ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah satu: Selepas proses pembelian kereta anda selesai, log masuk ke dalam akaun CARSOME anda melalui carsome.my atau aplikasi kami.
- Langkah dua: Pergi ke bahagian ‘Account’ dan klik pada ‘My Vouchers’. Anda boleh dapatkan kod rujukan anda di sini.
- Langkah tiga: Kod rujukan ini boleh dikongsikan kepada lima orang kawan anda.
- Langkah empat: Apabila kawan anda membeli kereta di CARSOME, tunjukkan kod rujukan yang mereka terima kepada Konsultan CARSOME kami.
- Langkah lima: Anda akan menerima wang tunai berjumlah RM300 dan kawan anda akan menerima diskaun tambahan RM300 untuk pembelian kereta mereka.
Jual Kereta kepada CARSOME & Kongsi Kod Rujukan Anda untuk Dapatkan Wang Tambahan Sehingga RM450!
Setelah anda menjual kereta lama anda kepada CARSOME, anda akan menerima kod rujukan yang boleh dikongsikan kepada tiga orang kawan anda untuk dapatkan wang ganjaran sehingga RM450!
Nak tahu macam mana anda nak dapatkan kod rujukan anda dan cara untuk menggunakannya? Ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah satu: Selepas proses penjualan kereta anda selesai, log masuk ke dalam akaun CARSOME anda melalui carsome.my atau aplikasi kami.
- Langkah dua: Pergi ke bahagian ‘Account’ dan klik pada ‘My Vouchers’. Anda boleh dapatkan kod rujukan anda di sini.
- Langkah tiga: Kod rujukan ini boleh dikongsikan kepada tiga orang kawan anda.
- Langkah empat: Apabila kawan anda menjual kereta mereka di CARSOME, tunjukkan kod rujukan yang mereka terima kepada Retail Manager CARSOME.
- Langkah lima: Anda akan menerima wang tunai berjumlah RM150 dan kawan anda akan menerima wang tambahan RM150 untuk kereta yang mereka jual.
Alami Cara Membeli & Menjual Kereta yang Lebih Mudah Serta Lebih Menguntungkan dengan CARSOME!
Setiap kereta CARSOME telah dipilih dan diperiksa dengan teliti menerusi pemeriksaan 175-titik kami yang ketat, untuk memastikan kereta bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir selain tiada perubahan dilakukan pada mileage sebelum dibaik pulih di CARSOME Certified Lab.
Tambahan pula, setiap kereta CARSOME Certified juga didatangkan dengan:
- Jaminan wang dikembalikan dalam lima hari jika anda mengubah fikiran anda.
- Waranti satu tahun untuk menjamin ketenangan fikiran anda.
Dengan cara ini, anda boleh yakin bahawa keluarga dan kawan anda akan memiliki kereta terpakai yang terbaik apabila mereka membeli dengan CARSOME.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Log masuk ke carsome.my atau aplikasi kami sekarang untuk refer kawan dan keluarga anda hari ini! Jom alami pengalaman membeli dan menjual kereta terpakai yang mudah, selamat, dan dipercayai bersama CARSOME.
Artikel ini telah diterbitkan pada 01/08/2022. Ia telah dikemaskini pada 03/04/2024 dengan informasi terbaharu yang lebih tepat.
[ad_2]