BMW iX2 xDrive30 bakal tiba di pasaran, kini sedia ditempah – dari RM282,800
[ad_1]
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras yang tampak lebih elegan dan juga dinamik.
Untuk trenkuasa, BMW ix2 xDrive30 hadir dengan dwi-motor yang memacu semua roda, untuk menghasilkan kuasa output sehingga 313hp dan 494Nm tork.
Dengan trenkuasa tersebut, ia mampu bergerak dari 0-100kmj hanya dalam 5.6 saat sambil kelajuan tertinggi yang boleh dicapai adalah pada 180kmj.
Ia hadir dengan pek bateri berkapasiti 66.5kWj yang mampu bergerak sehingga 449km (WLTP) dan mengecas melalui pengecasan DC 130kW daripada 10-80% hanya dalam 29 minit.
Manakala untuk pengecasan AC, ia boleh mencapai sehingga 11 kW, yang mengecas daripada 0-100% dalam enam jam dan 30 minit.
BMW iX2 xDrive30 terbaharu ini menyaksikan inovasi digital dengan rangkuman sistem kawalan yang buat julung kalinya berasaskan Android Open Source.
Pada ruang kokpit, ia menampilkan BMW Curved Display yang berciri digital yang dipadankan dengan kluster paparan instrumen 10.25 inci beresolusi tinggi serta paparan kawalan 10.7 inci.
Tambahan itu, ia menawarkan upholsteri kulit ‘Veganza’ dalam warna M Alcantara hitam dengan jahitan kontras biru, hitam, Coral Red dan hitam, kombinasi Atlas Grey dan Smoke White, dan Mocha.
BMW iX2 xDrive30 di Malaysia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Skyscraper Grey, Cape York Green, Fire Red, M Portimau Blue dan M Brooklyn Grey.
Para pemilik BMW iX2 xDrive30 bakal menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
- Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
- Servis Dalam Talian BMW
Harga runcit yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX2 xDrive30 ialah bermula dari RM282,800 dan tambahan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW bernilai RM14,200.
[ad_2]
Source link