Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X rasmi di Malaysia – Dari RM26,900
[ad_1]
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Speed 400 dan Scrambler 400 X merupakan model serba baharu, di mana ia kini merupakan model Triumph paling mampu milik.
Kedua-duanya telah dibangunkan oleh Triumph di Hinckley dan dipasang oleh Bajaj di India, dimana Speed 400 dan Scrambler 400 X menampilkan DNA klasik moden seperti model-model lain dengan sesaran lebih besar.
Kedua-dua Speed 400 dan Scrambler 400 X dibina menggunakan platform TR, dimana menurut Bajaj ianya dibangunkan khusus untuk digunakan oleh model Triumph sahaja.
Ianya dikuasakan nadi TR satu silinder 398 cc sejukan cecair menampilkan blok dengan sirip untuk membantu penyejukan, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang menghasilkan 39.5 HP dan 37 Nm.
Kedua-dua model juga menggunakan casis jenis perimeter yang dibangunkan daripada tiub keluli serta subframe jenis bolt-in serba baharu.
Dari segi perbezaan, Triumph Speed 400 menampilkan suspensi fork USD 43 mm di depan dengan jarak pergerakan 140 mm, manakala bahagian belakang pula menggunakan monoshock dengan tabung gas bersama fungsi preload boleh laras.
Speed 400 dilengkapi dengan rim 17 inci di depan dan belakang yang dibaluti tayar Pirelli Diablo Rosso III, bersama angkup brek 4 pot dan 330 mm di depan, serta angkup brek 1 pot dan cakera 230 mm di belakang.
[ad_2]
Source link