ASTON MARTIN VANTAGE 2024 RASMI DI MALAYSIA – 665PS, 800NM, DARI RM2.37 JUTA
Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 Liter V8 turbo berkembar di hadapan yang mampu memberi kuasa prestasi output sehingga 665Ps dan 800Nm tork.
Prestasi enjin tersebut telah ditala oleh jurutera Aston Martin untuk menghasilkan enjin yang lebih berkuasa dari model Vantage sebelum ini dengan peningkatan sehingga 155Ps dan 115Nm tork
Enjin V8 turbo-berkembar ‘hand-built’ dipadankan dengan transimisi automatik ZF lapan kelajuan yang memberikan prestasi Vantage terbaharu ini mencapai 0-100kmj hanya dalam 3.4 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 325kmj.
Vantage baharu ini juga memberi pemandu dengan lima pilihan mod pemanduan iaitu Wet, Sport, Sports Plus, Track dan Individual.
Aston Martin Vantage terbaharu ini dibina dengan generasi terkini binaan aluminium Aston Martin yang memberi struktur badan lebih dinamik.
Dari segi reka bentuk luaran, Vantage baharu ini menampilkan jeriji baharu 38 peratus lebih besar dan meningkatkan airflow untuk penyejukan tambahan sebanyak 29 peratus, menjadikan ia 30mm lebih lebar berbanding Vantage terdahulu.
Dengan reka bentuk hadapan yang lebih agresif itu, ia memberi fungsi aerodinamik yang lebih baik untuk memberi lebih kestabilan di halaju tinggi.
Ia turut dipadankan dengan lampu Matrix LED baharu untuk membawakan sentuhan kemodenan pada bahagian hadapan serta sebagai signature lampu baharu Aston Martin.
Tambahan itu, untuk Vantage terbaharu ini mempunyai gerbang roda yang lebih lebar yang boleh memuatkan roda Michelin Pilot Sport S 5 baharu membaluti rim bersaiz 21 inci.
Selain itu, perubahan yang dilakukan pada bahagian belakang adalah, bampar belakang telah dilebarkan dengan tambahan rekaan side vents serta empat ekzos baharu yang lebih besar.
Aston Martin masih mengekalkan identiti lampu belakang LED Vantage.
Untuk ruang kabin dalaman, Aston Martin menampilkan Vantage terbaharu ini dengan sentuhan yang ultra-mewah yang mengabungkan ciri-ciri seni dan teknologi.
Pada bahagian tengah kokpit, ia menampilkan sistem skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan kawalan gerak isyarat multi-finger dengan sokongan Apple Carplay tanpa wayar.
Untuk penyesuaian,Q by Aston Martin turut menawarkan perkhidmatan pemperibadian yang ditempah khas hanya terhad oleh imaginasi.
Ini membolehkan pemilik Vantage, menjadikan sports car mereka lebih eksklusif dan unik.
Aston Martin Vantage baharu kini boleh ditempah di Malaysia, dengan harga bermula RM2.37 Juta, tidak termasuk rangkaian pilihan dan penyesuaian.
Ia turut termasuk dengan jaminan kilang selama tiga tahun, yang mana pelanggan boleh memilih untuk melanjutkan untuk menikmati perlindungan sehingga 20 tahun.