Automotive News

BMW M5 2025 kini dinadikan dengan kuasa hibrid – V8, 727hp, 305km/j

[ad_1]

Dengan gabungan rangkaian kuasa elektrik, BMW M5 baharu ini mampu menghasilkan kuasa output mencapai hingga 727 hp dan tork maksimum sehingga 1,000 Nm.

 

 

Ia membuatkan kereta sedan saloon sport ini mampu mencapai pecutan dari 0-100km/j hanya dalam 3.5 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi pada 250km/j.

Tetapi jika dilengkapi dengan pilihan M Driver’s Package, ia mampu mencapai sehingga 305km/j.

 

m5

 

Kuasa output yang dihasilkan pada enjin petrol V8 4.4 liter dwi-turbo ini sahaja mampu mencapai sehingga 591hp pada 6,000rpm dan kuasa tork sehingga 750Nm pada 1,800 hingga 5,600 rpm.

Enjin V8 itu dipadankan dengan transmisi automatik M Steptronic lapan kelajuan dengan Drivelogic serta sistem pacuan semua roda M xDrive.

 

m5

 

Manakala kuasa daripada motor elektrik itu mampu menghasilkan kuasa output sehingga 194hp dan tork hingga 280Nm yang dijana dari bateri litium-ion berkapasiti sebanyak 14.8 kWj.

Pada mod elektrik, ia mampu mencapai jarak sehingga 69km yang mengecas melalui input AC 7.4kW yang hanya mengambil masa dalam tiga jam dan 15 minit.

 

m5

 

Dari sudut prestasi elektrifikasi M5 ini, ia mampu mencapai kelajuan pada 140km/j walaupun motor elektrik dan pek bateri telah menambah beban lebih 500kg, lebih berat berbanding model M5 terdahulu iaitu F90.

Oleh sebab itu, rata-rata mengatakan M5 G90 terbaharu ini lebih perlahan berbanding model F90 walaupun ia mempunyai lebih banyak kuasa daripada model sebelum ini.

Sebelum ini, M5 F90 hanya mengambil masa 3.4 saat untuk mencapai 0-100 km/j.

 

m5

 

Dari segi reka bentuk, M5 G90 ini menampilkan rupa yang lebih agresif pada bahagian hadapan untuk mengekalkan karakter sporty divisyen M, walaupun gril kidneynya lengkap dengan lencana M5  hampir sama dengan model 5 series terkini, G60.

 

m5

 

Kejuruteraan dan pereka bentuk M5 sememangnya membawa inspirasi kereta lumba ke dalam ciri reka bentuk M5 ini dengan air intakes besar terpisah dua pada bahagian depan.

Tetapi jangan samakan M5 dengan model biasa, kerana M5 dibina sememangnya untuk prestasi dan memberi pengalaman yang lebih menarik pada pemandunya.

 

m5

 

Tambahan pula, reka bentuknya bukan sahaja dipengaruhi pada bahagian hadapan, dari sisi profil, arch roda dilebarkan sebanyak 75mm pada bahagan hadapan dan 48mm di belakang.

 

m5

 

Untuk mengurangkan sedikit beban, bumbung M5 G90 boleh dipilih untuk dilengkapi dengan M Carbon yang pasti bakal memberi sedikit perubahan pada pusat graviti kereta.

 

m5

 

Pada bahagian belakang, M5 G90 tampil lebih kemas dengan spoiler belakang namun nampak agresif dengan diffuser berwarna hitam yang disertakan dengan paip ekzos sporty.

 

m5

 

Selain itu, ia menunjukkan walaupun ia telah mula masuk ke generasi PHEV, karakter sporty dan ciri M itu masih dikekalkan antaranya sistem ekzos sport quad-tailpipe berukuran 100mm diameter setiap satu ditampilkan.

 

m5

 

Selain itu, sistem penyejukan kini lebih besar, mount enjin hidraulik, suspension M adaptif, stereng boleh ubaj M-specific Servotronic, Integral Active Steering untuk pacuan roda belakang dan elemen M-specific bracing.

Datang sebagai ciri standard, M5 tampil dengan cakera brek M Compound 410mm, enam piston kaliper pada bahagian hadapan, manakala pada bahagian belakang, cakera 398mm dan kaliper piston tunggal.

 

m5

 

Tambahan juga, pelanggan boleh memilih warna kemasan untuk brek kaliper tersebut, iaitu warna merah atau hitam.

Untuk membawa lebih istimewa pada M5 ini, pelanggan boleh membayar lebih untuk menggunakan brek seramik M Carbon pada kenderaan mereka.

Selain itu, M5 generasi ketujuh dilengkapi dengan roda aloi ringan M baharu yang menampilkan saiz 20 inci pada bahagian hadapan dan 21 inci di bahagian belakang.

 

m5

 

BMW M5 G90 mempunyai lima mod operasi yang boleh dipilih, iaitu Hibrid, Elektrik, eControl, Dinamik dan Dinamik Plus.

Untuk pemanduan yang lebih dinamik, ia turut menerima ciri-ciri seperti DSC dikemaskini, ABS, CBC (Cornering Brake Control) dan sistem ADB-X (Automatic Differential Brake).

 

m5

 

Pada bahagian dalaman M5 G90, susun atur dashboard masih dikekalkan sama seperti 5 series biasa, tetapi ia dilengkapi dan dihiasi dengan barangan M.

Antara yang jelas kelihatan adalah, stereng kulit dengan penanda tengah merah dan butang M khusus untuk mod pemanduan yang diperibadikan.

 

m5

 

Ia turut mempunyai ciri pilihan M Professional pada bahagian kiri padel shift dengan perkataan ‘Boost’ yang berfungsi sebagai Launch Control dan Boost Control.

 

m5

 

Ia hadir dengan paparan melengkung kluster instrumen digital 12.3 inci untuk paparan pemandu dan juga skrin infotainmen pada bahagian tengah bersaiz 14.9 inci.

Bahagian dalaman juga terima sentuhan M Specific dengan sistem pencahayaan ambient pada persekitaran Interaction Bar yang luas dan head-up display.

 

m5

 

Selain itu, pelanggan boleh memperibadikan pembelian M5 mereka dengan pelbagai kemasan luaran dan upholsteri dalaman, bersama-sama dengan pilihan M Performance Parts.

BMW M5 akan ditayangkan di acara Goodwood Festival of Speed ​​pada Julai tahun ini dan pengeluaran akan bermula pada bulan yang sama di BMW Group Plant Dingolfing dengan pelancaran pasaran di seluruh dunia bermula pada November 2024.

 

m5

 



[ad_2]
Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button