Automotive News

Proton X70 2025 major facelift rasmi dilancarkan – dari RM98,800

Kini perubahan besar dapat dilihat dibuat pada reka bentuk rupa hadapan yang lebih dinamik dan moden terutama bahagian gril hadapan yang direka dengan elemen ‘infinite wave’.

 

 

Reka bentuk gril baharu pada X70 baharu ini menunjukkan lagi ‘direction’ identiti reka bentuk Proton yang dapat dilihat pada dua model terbaharu sebelum ini, Proton X90 dan sedan segmen C, Proton S70.

 

x70

 

Ia dipadankan lagi dengan reka bentuk lampu hadapan utama baharu dan DRL yang sepenuhnya LED, ini menampakkan lagi pasukan reka bentuk Proton sememangnya serious dalam menghasilkan sebuah kenderaan yang menawan.

 

x70

 

Penambahan lain yang dibuat pada dibahagian hadapan X70 ini adalah, bumper hadapan yang lebih elegan apabila dipadankan dengan kemasan tona warna berwarna hitam, ia menunjukkan bahawa reka bentuknya tidak terlalu ‘try hard’

 

x70

 

‘Highlight’ reka bentuk yang patut disebut juga adalah ‘hood line’ yang lebih menonjol menampakkan lagi kegagahan Proton X70, ini bukan pujian berbayar, ia sememangnya salah satu ciri reka bentuk menarik yang terdapat pada X70 baharu ini.

 

x70

 

Pergi bahagian belakang pula, tiada perubahan besar yang dilakukan, terutama sekali lampu hadapan serta reka bentuk, kecuali pada bahagian bumper dan diffuser diberi sentuhan kemasan tona hitam, yang beri ‘trik’ pada pandangan visual supaya ia tidak nampak terlalu besar.

 

x70x70

 

Selain itu, Proton X70 2025 ini menampilkan tiga saiz roda dengan reka bentuk baharu dan hadir berbeza mengikut varian, dimana bagi varian Standard adalah 17 inci, Executive 18 inci dan Premium serta Premium X bersaiz 19 inci.

 

x70

 

Pada bahagian dalaman, nafas baharu diberikan pada X70 ini yang kini lebih kearah moden dan nampak lebih selesa.

 

x70

 

Jelas kelihatan pada dalaman SUV ini adalah warna baharu pada tempat duduk pemandu dan semua penumpang, dimana ia dibalutkan dengan kulit Nappa berwarna Stone Grey bagi kedua-dua varian Premium.

 

x70

 

Tambahan pula, kehadiran bumbung panoramic juga memberi suasana luas pada bahagian dalaman varian Premium X.

Ciri menarik khas seperti pengudaraan yang terdapat pada tempat duduk hadapan ditawarkan bagi varian Executive, Premium dan Premium X.

 

x70

 

Selain mendapat roda stering baharu, pada bahagian dashboard juga membawa ciri baharu, dimana untuk paparan pemandu, ia menampilkan klustermeter jenis LCD Combination yang memberi visual jelas pada pengguna.

 

x70

 

Perubahan yang dilakukan pada pada konsol tengah pula adalah paparan unit infotaimen bersaiz 12.3 inci yang lebih jelas dan dilengkapi dengan ciri seperti navigasi atas talian, strim muzik, ramalan cuaca, dan yang lebih menarik, ia hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

x70

 

Menariknya, paparan infotaimen itu dipadankan dengan pencahayaan ambien berirama pada ruangan penumpang yang akan mengikut irama muzik yang dimainkan melalui infotainmen, maka ia menambahkan lagi ciri estetik pada ruangan dalaman X70 baharu ini.

 

x70

 

Untuk trenkuasa, Proton X70 2025 ini menggunakan enjin tiga silinder 1.5 liter TGDi yang memberi kuasa output maksimum sehingga 177PS pada 5,500rpm dan tork 255Nm pada 1,500-4,000rpm.

 

x70

 

Trenkuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear transmisi dwi klac (DCT) tujuh kelajuan bersama mod manual dan menurut Proton gabungan kedua-dua unit ini memberi penjimatan bahan api sehingga empat peratus berbanding model X70 tahun 2022 dengan kadar 7.3L/100km.

Selain itu, transmisi itu juga ditala semakin canggih untuk memastikan pertukaran gear yang cepat dan lancar serta meningkatkan tahap NVH (Bunyi, Getaran, dan Kasar).

 

x70

 

Untuk tambahan pengalaman pemanduan, Proton X70 varian Premium dan keatas dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) tahap dua seperti berikut;

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop & Go
  • Intelligent Cruise Control (ICC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Lane Centering Control (LCC)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Door Opening Warning (DOW)
  • Traffic Sign Information (TSI)
  • Intelligent High Beam Control (IHBC)

 

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri asas keperluan keselamatan seperti;

  • Enam SRS Airbags
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Auto Brake Hold
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Traction Control System (TCS)
  • Hill Hold Assist (HHA)
  • Hill Descent Control (HDC)
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
  • 360 Camera dengan paparan 3D
  • Reverse Camera
  • Front Parking Sensors
  • Rear Parking Sensors
  • Immobiliser & Anti-Theft Alarm

 

Proton X70 2025 ditawarkan dengan lima pilihan variasi warna, iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red dan Marine Blue.

 

x70

 

Bagi meraikan pelancaran ini, PROTON menawarkan nilai tambah bernilai RM23,500 tanpa kos tambahan bagi 3,000 pelanggan pertama yang mendaftar PROTON X70 2025 mereka sebelum 31 Ogos 2024.

 

x70

 

Model baharu ini juga datang dengan jaminan tanpa had selama lima tahun, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan enam servis buruh percuma.

 

x70

 

Proton X70 ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian Standard, Executive, Premium dan Premium X, keempat-empat varian tersebut dijual dengan harga seperti berikut;

  • Standard – RM 98,800
  • Executive – RM 110,800
  • Premium – RM 123,800
  • Premium X – RM 126,800

 

x70

 

Saksikan ulasan awal Proton X70 2025 oleh Hezeri dibawah:




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button