Automotive News

VW Malaysia lancarkan Golf GTI Edition 50 – dari RM267,990

[ad_1]

Dari rupa luaran, ia menampilkan kit badan Oettinger, rim baharu, perumah cermin sisi berwarna hitam, emblem ekslusif Edition 50 dan kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan honeycomb signatur model GTI.

 

 

Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan tint “Edition 50 VW” dan emblem “50” pada B-pillar yang menunjukkan ia sebuah model edisi khas.

 

vw

 

Kit badan Oettinger terdiri daripada spoiler hadapan, spoiler belakang berwarna hitam dan rear air diffuser yang meningkatkan lagi gaya serta prestasinya.

 

vw

 

Ia dipasang dengan rim aloi ringan ‘Pretoria’ bersaiz 18” bersama kemasan hitam berkilat, penutup hub roda “GTI” Dynamic dan penutup injap aluminium VW Design.

 

vw

 

Golf GTI Edition 50 menampilkan ciri-ciri elemen berbeza berbanding dengan model GTI Standard.

Antaranya termasuklah emblem “50” pada bahagian tengah stereng multi-fungsi GTI yang sporty, plat sisi aluminium “Edition 50” dan karpet hadapan “Edition 50”.

 

vw

 

GTI Edition 50 didatangkan dalam dua warna iaitu Oryx White (putih) dan Moonstone Grey (kelabu).

Dari segi trenkuasa, VW Golf GTI Edition 50 dijana oleh enjin turbo 2.0TSI yang memberi kuasa output maksimum pada 245PS dan tork 370Nm, dan turut dipadankan dengan transmisi klac basah 7-kelajuan.

 

vw

 

Pada ruangan dalaman, ia dipadankan dengan sistem infohibur Discovery Media bersaiz 10 inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta kluster instrumen digital berukuran 10.25 inci.

 

vw

 

Turut menambahkan ciri-ciri isitimewa pada jentera ini adalah sistem bunyi premium Harman Kardon berkuasa 480watt dengan 10 unit pembesar suara.

Seperti model VW yang lain, untuk ciri keselamatan, ia disokong oleh teknologi IQ.DRIVE Volkswagen, di samping sistem bantuan pemandu termaju seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist dan Paparan Head-Up.

GTI telah menawarkan pengalaman pemanduan yang sporty sejak diperkenalkan buat pertama kali pada acara Frankfurt Motor Show 1975.

Selepas hampir lima dekad dan lapan generasi kemudian, nama GTI terus mengekalkan posisinya selaku hatchback paling diminati di seluruh dunia.

 

vw

 

Harga cadangan yang diumumkan oleh VPCM adalah bermula dari RM267,990.

Harga tersebut juga termasuk dalam Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang memberikan pemilik dengan penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

GTI Edition 50 akan dipamerkan dalam acara Golf Fan Fest yang diadakan pada 24 Ogos 2024 bertempat di North Paddock Litar Antarabangsa Sepang.

 

vw

 

Ia juga bakal dipamerkan di pengedar-pengedar Volkswagen bermula 17 Ogos 2024.

Maklumat lanjut, boleh layari laman web: www.volkswagen.com.my.



[ad_2]
Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button