Automotive News

MG HS diperkenalkan, harga anggaran bawah RM150K – kini sedia terima tempahan

Beberapa bulan lalu, MG Motor Malaysia telah melancarkan model kenderaan elektrik penuhnya ke pasaran iaitu MG ZS dan MG4, kali ini, ia membawakan dua model baharu dengan enjin pembakaran.

Selain dari mempratontonkan model sedan, MG5 terbaharu ke pasaran, MG Motor Malaysia turut membawakan SUV baharu iaitu, MG HS.

 

 

Bagi model MG HS, ia merupakan sebuah SUV dengan gaya karakter reka bentuk mewah oleh MG Motor yang diletakkan dalam jurang kelas SUV segmen-C

 

mg

 

MG HS menampilkan rupa bentuk yang agresif dan sporty dengan reka bentuk air intake dan gril yang nampak lebih superb untuk beri lebih prestasi aerodinamik.

 

mg

 

Pada bahagian belakang pula, kelihatan elemen reka bentuk campuran organik curving dengan bentuk dinamik yang menampakkan ia sebuah SUV yang luas walaupun kelas segmen-C.

 

mg

 

Untuk bahagian dalaman, MG HS tampil dengan sentuhan mewah yang elegan di dalam dengan material sentuhan lembut serta mengabungkan ciri-ciri sporty terutamanya yang jelas dilihat pada dua tempat duduk hadapan pemandu dan penumpang.

 

mg

 

Selain dari dalaman yang bergaya, ciri-ciri yang terdapat pada ruangan dalaman MG HS adalah 10.1 inci skrin infotainmen yang menyokong Apple Carplay, Android Auto dan sambungan telefon pintar MG iSMART.

Ia tampil dengan bumbung panoramic, serta susun atur yang kemas untuk ciri-ciri seperti infotainmen, vent penghawa dingin dan butang kawalan dan juga dihiasi dengan pencahayaan ambien 64 warna.

 

mg

 

Sebagai sebuah SUV, ia didatangkan dengan power tailgate dan ruangan kapasiti kargo yang luas pada 463 liter sehingga 1287 liter apabila barisan kerusi belakang dilipat.

 

mg

 

Dari segi unit enjin dan prestasi, MG HS gunakan enjin petrol 1.5 turbocas empat sebaris yang memberi kuasa output maksimum pada 162PS dan 250Nm tork yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan.

 

mg

 

Manakala dari segi pengalaman pemanduan dan ciri keselamatan, MG HS tampil dengan ciri sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang digelar MG PILOT yang merangkumi ciri seperti;

  • Front Collision Warning
  • Adaptive Cruise Control
  • Traffic Jam Assistance
  • Lane Departure Warning and Prevention
  • Lane Keeping Assist
  • Blind Spot Detection
  • Lane Change Assist
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Door Opening Warning

 

SUV MG HS ditawarkan dengan empat variasi pilihan warna iaitu Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl dan Camden Grey.

 

mg

 

MG HS didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu MG HS Standard dan Luxury yang masing-masingnya bakal dijual dengan harga anggaran di bawah RM130,000 dan RM150,000.

MG HS turut didatangkan dengan pakej waranti komprehensif termasuk lima tahun atau tanpa had perbatuan (mana-mana sampai dahulu) untuk kenderaan dan jaminan tujuh tahun atau tanpa had perbatuan untuk trenkuasa enjin dan transmisi (mana-mana sampai dahulu).

 

mg

 

Kini pelanggan boleh membuat tempahan awal di pengedar sah MG Motor Malaysia dan MG5 dan MG HS akan membuat penampilan umum pertama di pengedar terpilih seperti berikut;

 

MG5

  • Petaling Jaya (23-26 Ogos)
  • Puchong (30 Ogos – 2 September)
  • Klang (6-9 September)
  • Muar (13-17 September)
  • Melaka (20-23 September)

 

MG HS

  • Glenmarie & Juru (23-26 Ogos)
  • Cheras & Chan Sow Lin (30 Ogos – 2 September)
  • Klang & Setia Alam (6-9 September)
  • Plentong & Skudai (13-17 September)
  • Seremban & Melaka (20-23 September)




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button