Automotive News

GWM Tank 400 – bakal cabar Toyota Prado

Buat ketika ini, tiada perkhabaran rasmi lagi mengenai Tank 400 untuk pasaran Malaysia, namun ia akan diperkenalkan ke pasaran global menjelang September tahun ini.

 

 

Walauapapun, kehadiran GWM Tank 400 Hi4T ini dilihat bakal bersaing dengan SUV 4X4 bertaraf ‘legend’ seperti Land Cruiser, Toyota Prado dan sebagainya.

Dari segi prestasi trenkuasa, GWM Tank 400 menggunakan enjin 2.4 liter turbodiesel yang mampu memberi kuasa output maksimum pada 181hp dan kuasa tork maksimum sehingga 480Nm.

 

gwm

 

Ia dipadankan dengan nisbah gear yang cukup rendah, Tank 400 mampu mendaki bukit securam 75% dan masih mampu memecut dari 0-100ksj dalam masa 6.8 saat.

Sebagai sebuah kenderaan off-road, ia menggunakan kerangka ladder frame yang kukuh dan telah diuji dengan ujian ujian lasak untuk memastikan Tank 400 dapat dipandu lasak untuk jarak perjalanan jauh.

 

gwm

 

Dari segi pengayaan reka bentuk, GWM sememangnya meletakkan setiap model barisan Tank dengan penampilan yang bukan sahaja nampak rugged, malah nampak juga gabungan moden dan mewah pada dalaman.

 

gwm

 

GWM Tank 400 nampak sebuah SUV yang nampak lebih agresif dengan garisan rekabentuk geometri berbanding Tank 300 yang mengikut trend SUV 4X4 yang bersegi petak.

 

gwm

 

Yang menariknya, ruangan dalaman pada Tank 400 masih mengekalkan ciri eksklusif mewah seperti barisan model Tank yang lain dan ini menampakkan GWM menghasilkan produk yang ‘next level’.

Dari segi keseluruhan rekabentuk Tank 400 berciri “mecha-design” mirip seperti abangnya, Tank 700 dan mengenai harga, Tank 400 ini pasti melebihi harga Tank 300 yang ditawarkan kini pada RM250k.

 

gwm

 




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button