Automotive News

GWM lancar Cannon premium dengan enjin 2.4L diesel

 

Tempat duduk belakang boleh digerakkan menggunakan elektrik (yang pertama di dunia) dan kadar senyap kabin juga didakwa antara yang terbaik di dalam pasaran trak pikap global.

Varian hibrid dengan teknplogi Hi4-T turut diperkenalkan. Varian mewah juga diberikan sistem gantungan “multi-link” di belakang untuk menjamin keselesaan penumpang.

Harga yang diumumkan semasa pelancaran kelmarin ialah bermula dari 178,800 Yuan (RM109,000) dan meningkat ke 249,800 Yuan (RM152,000).

GWM tidak memberi kepastian samada ia akan dibawa masuk ke Malaysia dalam masa terdekat atau tidak. Di bawah ialah gambar-gambar trak tersebut di Pameran Auto Chengdu (Chengdu Motor Show) yang sedang berlangsung sekarang.
 




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button