Automotive News

Omoda C9 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia – Harga anggaran dari RM185K

[ad_1]

Hadir sebagai SUV segmen D, Omoda C9 memiliki dimensi 1,671mm tinggi, 1,920 mm lebar, 4,775 mm panjang dan 2,800 mm jarak roda, Omoda C9 juga mempunyai jarak kelegaan bumi 165mm yang membolehkannya meredah air dengan kedalaman maksimum 450 mm.

 

 

Omoda C9 ditawarkan dengan dua varian iaitu 2WD dan AWD, dimana kedua-duanya dikuasakan nadi 2.0 TGDI 4 silinder sebaris yang menghasilkan 257 HP dan 400 Nm.

Varian 2WD lengkap dengan 3 mod pemanduan, sementara varian AWD lengkap dengan 7 mod pemanduan yang boleh disesuaikan antara pemanduan jalan bandar dan off-road.

 

3

 

Ia turut dibantu dengan kelengkapan sistem suspensi adaptif, merangkumi jenis McPherson di hadapan dan jenis multilink di belakang.

Pada bahagian dalaman, ciri premium dibawakan melalui rekaan kabin mewah bersama ciri dan teknologi moden yang disepadukan.

 

4

 

Antaranya lampu ambien dengan ritma aktif, paparan skrin instrumen dan infotainment HD bersaiz 24.6 inci, pengecas tanpa wayar 50W, sistem kamera 540 darjah dan Sistem Pengawasan Pemandu (DMS).

Dari segi keselamatan, Omoda C9 dilengkapi tujuh beg udara bersama sistem ADAS 2.5 yang merangkumi ciri:

  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Bantuan Pertukaran Lorong (LCA)
  • Bantuan Mengekalkan Lorong Kecemasan (ELKA).

Bakal dilancarkan pada Disember tahun ini, harga anggaran Omoda C9 dijangka bermula dari RM185,000 untuk varian 2WD dan RM195,000 untuk varian AWD.

 



[ad_2]
Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button