Automotive News

BMW i5 eDrive40 M Sport lengkap M Performance Parts – dari RM399,800

[ad_1]

BMW i5 eDrive40 M Sport merupakan ikon reka bentuk sedan moden dan inovasi menerusi kelengkapan ciri-ciri teknologi canggihnya yang telah mentakrifkan semula standard Mobiliti Elektrik di pasaran Malaysia.

 

 

Mengekalkan keanggunan dan prestasi dinamik sedan bussiness paling ikonik di dunia, BMW i5 eDrive40 M Sport menawarkan Pemilikan Elektrik Premium yang terbaik dengan jarak kuasa elektrik yang luar biasa, kemampuan pengecasan yang dipertingkatkan, dan ketersambungan pemanduan yang intuitif.

 

i5

 

Pada acara SKY5PACE, BMW i5 eDrive40 M Sport yang dipamerkan dilengkapi dengan pilihan kelengkapan M Performance, untuk menunjukkan kepelbagaian pilihan yang boleh diperibadikan oleh pelanggan di Malaysia.

 

i5

 

Pilihan tersebut termasuk front splitter M Performance, skirt sisi M Performance, rear diffuser M Performance, spoiler belakang M Performance, side mirror cover M Performance, dan rim aloi ringan jejari silang M Performance bersaiz 21 inci.

 

i5

 

Masih mengekalkan penampilan elegan dan prestasi dinamik sebagai sedan paling ikonik di dunia, BMW i5 eDrive40 M Sport kini menawarkan kecekapan pengecasan yang dipertingkatkan.

BMW i5 eDrive40 M Sport kini dilengkapi dengan sokongan Pengecasan Profesional AC 22kW sebagai ciri standard yang mampu mengecas penuh dari 0-100 peratus dalam empat jam 15 minit.

 

i5

 

Manakala bagi pengecasan DC, ia menyokong pengecasan tinggi sehingga 205kW yang mampu mengecas pantas dari 0-80 peratus hanya dalam 34 minit sahaja.

Pengecasan tersebut mengecas pek bateri berkapasiti sebanyak 83.9kWj yang mampu bergerak dengan jarak gerak sehingga 582Km mengikut kitaran WLTP.

 

i5

 

Dengan menggunakan motor elektrik jenis Synchronous motor, ia memberi kuasa output maksimum 340hp dan kuasa tork 430Nm yang memecut dari 0-100km/j hanya dalam enam saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 193km/j.

Secara keseluruhan, rupa bentuk penampilan keseluruhannya tiada banyak perubahan kecuali kelengkapan M Perfomance yang melihatkan lagi BMW i5 ini lebih kelihatan sporty dengan saiz roda bersaiz 21 inci.

 

i5

 

Pada ruangan dalaman, ia jelas menampilkan paparan melengkung BMW bersaiz 12.3 bagi paparan instrumen dan 14.9 inci paparan kawalan skrin sentuh yang beroperasi dengan sistem BMW Operating System 8.5.

 

i5i5

 

Sebagai tambahan pengalaman pemanduan terbaik, di dalam kabin i5 ini turut menampilkan sistem audio 17 pembesar suara dari Bowers & Wilkins Surround Sound System.

 

i5

 

Tambahan itu, pemilik juga bakal ditawarkan pilihan warna upholsteri kulit dalaman seperti Leather Merino Black/Atlas Grey, Leather Merino Copper Brown/Atlas Grey and Leather Merino Silverstone/Atlas Grey.

 

i5

 

Manakala untuk warna luaran, ia ditawarkan dengan variasi warna seperti, Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic, Phytonic Blue Metallic, Sophisto Grey Metallic, Oxide Grey Metallic, Cape York Green Metallic dan Fire Red Metallic.

 

i5

 

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW i5 eDrive40 M Sport baharu ini adalah bermula dari RM399,800.

Ia juga terdapat pakej tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis bernilai RM20,300.



[ad_2]
Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button