Automotive News

Lexus RZ – EV dengan cara tersendiri !

Bagi yang mahukan sebuah EV premium, pilihan yang ada sekarang ialah dari jenama legasi  Eropah dan ini ialah tradisi yang mahu diubah oleh Lexus dengan model RZ mereka – EV premium pertama dari Jepun.

Ada banyak sebab Lexus mula memecah monopoli kenderaan premium di seluruh dunia termasuk Malaysia. Antaranya ialah:

  • Jenama premium yang boleh diharap (reliable)
  • Jenama premium yang berprestasi, berkualiti tinggi dan menampilkan teknologi terkini  tetapi tahan lasak (robust)
  • Nilai servis yang lebih berbaloi
  • Stok alat ganti yang lengkap

 

 

Keempat-empat faktor utama itu cukup sesuai untuk pasaran premium sekarang di mana pemilik tidak mahu membelanjakan terlalu banyak wang ringgit dan masa untuk menjaga kenderaan mereka.

Selain dari empat faktor itu, Lexus RZ mempunyai beberapa lagi kelebihan yang tidak terjangkau oleh produk-produk Lexus yang masih menggunakan enjin.

 

1. Rekabentuk luaran yang unik

3

RZ dibina di atas platform yang dibangunkan khusus untuk EV. Kerana itu ia mempunyai rekabentuk yang lebih unik untuk sebuah SUV.

Contohnya, bahagian hadapan yang lebih “tajam” dan rendah kerana itu tidak lagi perlu memuatkan enjin!

Lexus juga mengambil kesempatan ini untuk menggunakan konsep rekabentuk “Seamless e-Motion yang cenderung ke arah gaya sporti.

Ketiadaan gril hadapan tidak bermaksud identiti Lexus lenyap kesemuanya, dan kerana itu RZ turut menggunapakai konsep Spindle Body yang menyatukan elemen gril lama ke dalam rekabentuk SUV elektrik ini.

 

2. Kabin yang minimalis, luar dan super senyap

4

Konsep Tazuna yang digunapakai oleh RZ untuk rekaan ruang dalam bermakna setiap tombol, suis dan skrin yang ada dioptimakan sepenuhnya untuk kemudahaan penggunaan.

Tidak perlu terkial-kial untuk membiasakan diri dengan segala kawalan fungsi dan cukup mudah dan praktikal bagi kegunaan harian.

Ingat, kenderaan EV sudah memerlukan kita menyelaraskan jadual untuk pengecasan, jadi tidak perlu lagi kita perlu berserabut dengan ruang kabin yang berselirat dengan fungsi-fungsi yang tersorok di dalam muka-muka skrin sesentuh!

Selain dari itu, kabin Lexus memang terkenal kerana kadar bunyi yang cukup senyap. Untuk RZ, ia menjadi semakin senyap dengan struktur kedap bunyi dan penggunaan sistem seperti Active Sound Control (ASC).

Bahan Ultrasuede BX pula menimbulkan bukan setakat kemewahan secara visual, tetapi kemewahan dan kelasakan yang boleh dirasai di hujung jari anda!

  

3. Seni “Lexus” yang diperhalusi

5

Sejak mula lagi, Lexus memperkenalkan “seni” kesempurnaan di dalam kenderaan premium dan dengan RZ, ia diperhalusi lagi kerana ada perkara yang berada di luar jangkaun teknologi tetapu kini mampu dilakukan kerana ia menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

Kadar senyap kenderaan contohnya, Lexus RZ lebih senyap dari mana-mana model Lexus yang lain dan kadar keselesaan juga jauh lebih baik di mana tidak ada lagi gegaran dari enjin yang perlu dikawal.

Penggunaan teknologi terkini juga diperhalusi agar walaupun jenama lain mempunyai teknologi yang hampir sama, tetapi cara dan pengalaman penggunaannya di dalam Lexus membawa pengguna naik ke peringkat yang lebih tinggi.

 

4. Prestasi yang cukup berbeza

6

Penggunaan platform elektrik sepenuhnya memberikan anda sesuatu yang sangat berbeza. Penghasilan daya kilas secara maksimum dari keadaan kenderaan pegun ialah sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh kenderaan berenjin.

Gabungan kabin yang bebas bunyi dan gegaran dengan kadar pecutan yang cukup sporti, anda akan mengalami pengalaman pemanduan yang memang berlainan dari kenderaan berenjin.

Paling mudah ialah untuk anda pergi sendiri ke dewan pameran Lexus berhampiran dengan anda untuk memandu uji sebuah RZ. Berikan tumpuan kepada senarai yang kami tuliskan di atas dan bandingkan sendiri dengan kenderaan yang anda gunakan sekarang.

Memang RZ mampu mengubah seorang “traditionalist” kepada seorang yang lebih “up to date” dengan teknologi semasa!

 

7

 

Jika anda mahu saksikan sendiri model RZ ini, pastikan anda ke Pelancaran Elle di Central Exchange, Bangunan TRX kerana RZ ini ada dipamerkan di sana dari 1 hingga 6 Oktober !

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri Lexus RZ Bersama beberapa model lain Lexus di acara Affin x Lexus yang akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2024.

Acara Affin x Lexus akan diadakan bertempat di Menara Affin, di mana aktiviti pandu uji kereta Lexus bersama kopi percuma akan disediakan serta hadiah eskludif untuk yang mendaftar.

 




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button