McLaren W1 2025 kini diperkenalkan – 1258hp, 399 unit sahaja dibina
Hypercar McLaren W1 kini dinadikan dengan enjin V8 4.0liter turbo-cas berkembar dengan bantuan bateri yang menghasilkan kuasa output sehingga 1258hp dan memberi daya tork pada 1353Nm.
Dari segi prestasi, trenkuasa tersebut mampu memberi kuasa pecutan dari 0-100kmj hanya dalam 2.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi yang diterhadkan sama seperti P1 pada 349kmj.
Enjin baharu itu digelar sebagai “MPH-8” yang sendirinya menghasilkan kuasa output maksimum pada 916hp dan ia adalah tertinggi dari mana-mana enjin yang pernah dihasilkan oleh McLaren.
Unit enjin V8 baharu itu digabungkan dengan “E-Module”, yang terdiri daripada motor elektrik radial flux, unit kawalan motor dan pek bateri 1.4kWj yang sendirinya menyumbang 342hp pada keseluruhan unit trenkuasa.
Menariknya, unit E-Module McLaren terbaharu ini mempunyai berat hanya 20kg, jumlah jisim komponen hibrid tersebut telah dikurangkan sebanyak 40kg berbanding model P1 terdahulu.
Walaubagaimanapun, McLaren W1 kini mempunyai berat kering kenderaan pada 1382kg.
Kuasa kuda dan tork semuanya dihantar ke roda belakang ihsan pembezaan elektronik, dan semuanya dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dengan gear undur elektronik.
McLaren W1 dibangunkan dengan reka bentuk casis monocoque baharu McLaren iaitu “Aerocell”, yang menggabungkan kedudukan tempat duduk tetap dengan pelarasan stereng dan pedal, dan “Pintu Anhedral” baharu.
Tempat duduk bersepadu Aeorcell membantu McLaren menjimatkan jarak roda 2.8 inci, manakala pintu Anhedral meningkatkan aliran udara pada fender hadapan.
Untuk menjadikan W1 sebuah hypercar yang paling aerodinamik pernah dibangunkan, pasukan kejuruteraan W1 meluang masa lebih 350 jam dalam terowong angin dan menguji lebih daripada 5,000 mata individu untuk mencapai matlamat tersebut.
W1 mempunyai sayap belakang “Active Long Tail” yang diinspirasikan oleh GTR F1 1997 yang meningkatkan daya seretan dan meningkatkan downforce.
McLaren W1 mempunyai jumlah keseluruhan downforce sehingga 1000kg, ia dibantu oleh air diverter (pengalih aliran udara) di atas bumbung yang menghantar udara ruang enjin.
Manakala sayap depan dan belakang yang aktif membantu menghasilkan 350kg dan 650kg downforce masing-masing dalam Race mode.
Ketinggian pemanduan turun sebanyak 1.5 inci di hadapan dan 0.7 inci di belakang dalam mod Race, manakala spoiler belakang memanjang sehingga 11.8 inci apabila diaktifkan dan juga bertindak sebagai brek udara ketika brek lewat atau brek keras.
Disebalik reka bentuk segar, McLaren W1 tampil dengan Race Active Chassis Control III baharu McLaren, yang boleh dikonfigurasikan dalam tiga tetapan berbeza: Comfort, Sport, dan Race.
Untuk tampil sebagai kenderaan berteknologi, W1 tampil dengan angkup enam omboh di hadapan dan angkup empat omboh di belakang dengan cakera seramik karbon membantu memperlahankan W1 dengan pantas.
Dengan prestasi brek tersebut, ia mampu berhenti dari pecutan 100kmj dalam 28 meter dan dari pecutan 200kmj hanya dalam 100 meter.
Untuk beri lebih prestasi terbaik, W1 didatangkan secara standard dengan tayar Pirelli P Zero Trofeo RS berukuran 265/35 di hadapan dan 335/30 di belakang.
McLaren juga menawarkan tayar P Zero R untuk penggunaan jalan raya yang lebih biasa dan tayar Pirelli P Zero Winter 2.
Pada ruang dalaman kokpit, W1 mempunyai skrin sentuh 8.0 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sambungan USB-A dan USB-C.
Hypercar baharu McLaren W1 dijual dengan harga dari AS$2.1 juta, dan hanya terhad kepada 399 unit sahaja dimana semuanya sudah habis dijual.
Namun, adakah McLaren W1 mampu menjadi sebuah lagi model ikonik McLaren seperti F1 dan P1 yang menjadi idaman setiap petrolhead sepanjang zaman?