Automotive News

MPV elektrik BYD M6 kini rasmi di Malaysia – dari RM109,800

Reka bentuk BYD M6 membawa penggayaan aerodinamik Dragon Face yang mengoptimumkan aliran udara sambil menawarkan rupa moden yang anggun yang mencerminkan dedikasi BYD terhadap reka bentuk yang canggih.

 

 

Pada bahagian dalaman, MPV BYD M6 tampil dengan tujuh tempat duduk dan pada kabin utama, tampil ciri signature BYD, skrin sentuh berputar 12.8 inci yang dikuasakan oleh Sistem Di-Link BYD, dengan sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto.

 

byd

 

Selain itu, ruangan dalaman tampil dengan bumbung panoramik yang beri lebih rasa keluasan serta untuk melengkapkan keperluan harian pengguna, BYD M6 tampil dengan beberapa port pengecasan telefon pintar dan pad pengecas wireless.

 

byd

 

Sebagai sebuah MPV, BYD M6 tampil dengan ruangan kargo dari 180 liter sehingga 560 liter apabila barisan ketiga kerusi tempat duduk belakang dilipat dan diberi dengan tailgate elektronik bagi varian Extended.

 

byd

 

MPV elektrik BYD M6  ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu Standard dan Extended yang kedua-dua ditawarkan dengan unit motor elektrik yang sama untuk memacu roda hadapan (FWD).

 

byd

 

Walaubagaimanapun, kedua-dua varian terdapat beberapa spesifikasi teknikal berbeza dari segi prestasi kenderaan dan elektrifikasi seperti berikut;

 

BYD M6 Standard (dari RM109,800)

  • Kapasiti Pek bateri – 55.4kWj
  • Kuasa maksimum – 161hp
  • Tork maksimum – 310Nm
  • Kelajuan maksimum – 180kmj
  • Jarak gerak (NEDC) – 420km
  • Pengecasan AC – 7kW
  • Pengecasan DC – 89kW

 

BYD M6 Extended (dari RM123,800)

  • Kapasiti Pek bateri – 71.8kWj
  • Kuasa maksimum – 201hp
  • Tork maksimum – 310Nm
  • Kelajuan maksimum – 180kmj
  • Jarak gerak (NEDC) – 530km
  • Pengecasan AC – 7kW
  • Pengecasan DC – 115kW (10-80% < 40 minit)

 

Sebagai sebuah kenderaan elektrik, MPV BYD M6 turut tampil dengan ciri Vehicle-to-Load (V2L) sekaligus melengkapkan ia sebagai sebuah EV yang boleh diguna sebagai penjana kuasa elektrik mudah alih bagi perkakas kecil.

 

byd

 

Sebagai ciri keselamatan tambahan, BYD M6 turut dilengkapi dengan BYD Intelligent Driving System, yang tampil dengan ciri keselamatan pintar seperti;

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Departure Assist (LDA)
  • Auto Emergency Brake (AEB)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Intelligent High Beam Control

 

BYD M6 pasaran Malaysia ditawarkan dengan variasi empat pilihan warna, iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black dan Harbour Grey.

 

byd

 

BYD M6 turut dilengkapi dengan pakej waranti seperti berikut;

  • Enam tahun atau 150,000km waranti kenderaan
  • Lapan tahun atau 160,000km waranti pek bateri
  • Lapan tahun atau 150,000km unit pacuan

 

Sime Darby Motors turut mengumumkan tawaran menarik bagi tempahan 300 terawal varian Extended bakal menerima unit pengecasan rumah manakala 100 pembeli terawal acara di Dataran Karnival Shah Alam akan terima kredit pengecasan bernilai RM800 dari Gentari.

 




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button