CIMB Tawarkan Pembiayaan Kenderaan untuk Student Serendah 2.89% p.a. Di CARSOME!

[ad_1]
Dulu Belajar, Sekarang Bekerja – Perlu ke Beli Kereta untuk Fasa Baru Hidup Anda?
Ya, memang perlu! Beralih daripada kehidupan sebagai seorang pelajar kepada seorang yang berkerjaya merupakan fasa yang mencabar untuk semua orang. Salah satu cabaran yang perlu anda hadapi adalah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah dan bebas.
Dengan adanya sebuah kereta, anda tak perlu lagi menunggu lama untuk menaiki bas atau kereta api untuk ke tempat kerja. Jika anda perlu selesaikan tugasan di luar pejabat juga tidak menjadi masalah.
Tapi ada ke pembiayaan kenderaan untuk student yang baru saja mula bekerja dengan kadar faedah yang mampu milik?
Dapatkan Pembiayaan Kenderaan daripada CIMB dengan Faedah Serendah 2.89% p.a. Dan Diskaun Sehinga RM1,000 Khas untuk Graduan Baharu
Antara sebab kenapa ramai graduan baharu sukar untuk dapatkan pembiayaan kenderaan adalah kadar faedah yang tinggi diikuti dengan jumlah bayaran bulanan yang melebihi kemampuan mereka.
Tapi jangan risau, sebab untuk masa terhad anda boleh dapatkan pembiayaan kenderaan daripada CIMB dengan kadar faedah serendah 2.89% p.a. dan diskaun sehingga RM1,000 di CARSOME! Bukan senang nak dapatkan kadar faedah rendah macam ini.
Siapa yang layak nak dapatkan kadar faedah rendah ini? Anda cuma perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Berumur antara 18 hingga 30 tahun;
- Pelajar atau graduan baharu yang menamatkan pengajian dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Berikut pula merupakan dokumen-dokumen yang anda perlu sediakan untuk menikmati pembiayaan kenderaan untuk student dengan kadar faedah istimewa ini:
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport;
- Salinan Lesen Memandu yang sah;
- Penyata gaji 3 bulan terkini;
- Penyata bank 3 bulan terkini;
- Surat Tawaran Pekerjaan/Surat Pengesahan Majikan;
- Kad Pelajar/Surat Pendaftaran Belajar/Salinan Ijazah.
Tawaran terhad ini hanya akan berlangsung dari 15 September hingga 15 Disember 2024 jadi jangan tunggu lama-lama, kalau tidak nanti melepas pula!
Ambil peluang ini untuk nikmati penjimatan berganda apabila anda membeli kereta! Tapi diskaun ini hanya tertakluk untuk pembelian kereta CARSOME Certified saja.
Pilih CARSOME Certified untuk Ketenangan Jiwa & Nikmati Kadar Pembiayaan Istimewa daripada CIMB!
Terdapat sehingga 30 jenama yang boleh anda pilih daripada pelbagai pilihan kereta CARSOME Certified yang kami tawarkan – untuk memenuhi setiap keperluan anda. Sebagai taraf baharu pembelian kereta terpakai, CARSOME Certified menjanjikan hanya kereta terpakai berkualiti yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat.
Semua kereta CARSOME Certified turut disenaraikan dalam talian dengan laporan pemeriksaan lengkap yang teliti bersama gambar yang jelas tanpa sebarang suntingan digital, dan juga pandangan 360 darjah untuk kereta yang terpilih.
Komitmen kami terhadap kepuasan anda tidak berhenti setakat di proses pembelian saja. Apabila anda memilih CARSOME Certified, anda mendapat manfaat daripada:
- Jaminan pulangan wang lima hari: Jika anda mengubah fikiran tentang kereta yang anda beli, pulangkan sahaja dalam lima hari untuk dapatkan pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan!
- Waranti satu tahun: Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap kereta CARSOME Certified kami dan kami akan memberi anda lanjutan waranti percuma sehingga satu tahun.
Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami sekarang untuk dapatkan kereta idaman anda! Nak lagi jimat? Jangan lupa lihat diskaun kereta bulanan CARSOME yang anda boleh nikmati di sini.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat.
[ad_2]