Ferrari F80 – imbau kenangan F40, terhad 799 unit, dari RM16.8 juta

[ad_1]
Ferrari F80 dinadikan dengan nadi kuasa hibrid, iaitu enjin 3.0 liter V6 yang digabungkan dengan tiga motor elektrik yang menghasilkan kuasa output maksimum sehingga 1,200hp dan enjin V6 itu sendiri menghasilkan 900hp.
Trenkuasa yang terletak dibahagian belakang tersebut mampu memberi daya pecutan pada F80 ini dari 0-100kmj hanya dalam 2.15 saat sahaja dan mencapai kelajuan 200kmj hanya dalam 5.75 saat.
Menurut sumber, jurutera Ferrari mengubah suai masa pencucuhan dan suntikan, dan meningkatkan tekanan kebuk pembakaran sebanyak 20 peratus berbanding model 296.
Ia dipadankan dengan transmisi dwi-clutch lapan kelajuan telah ditentukur khas untuk mengambil kira tekanan tambahan, dan turbo elektrik, dengan motor dihidupkan.
Dengan peningkatan tersebut, enjin V6 tersebut mampu mencapai kelajuan enjin maksimum 9,000 rpm, dengan pengehad dinamik pada 9,200 rpm.
Bagi motor elektrik, Ferrari membangunkan dan membina motor elektriknya secara in-house dimana pada gandar hadapan menempatkan dua unit yang ditambah inverter serta sistem penyejukan bersepadu dan motor ketiga diletak di bahagian belakang.
Kedua-dua motor di hadapan membolehkan pemvektoran tork dan boleh menghantar kuasa sehingga 210 kilowatt kembali ke gandar hadapan melalui brek regeneratif.
Motor elektrik di bahagian belakang berfungsi menjalankan tiga fungsi asas: Menghidupkan enjin gas, memulihkan tenaga, dan menambah tork tambahan apabila perlu.
Ia akan menambah 80 hp tambahan kepada jumlah output dan boleh mendapatkan semula 70 kW tenaga dalam mod penjanaan semula.
Ketiga-tiga motor elektrik tersebut disambungkan kepada pek bateri sel litium 800 volt dengan jumlah kapasiti 2.3 kilowatt-jam, menghasilkan jumlah output sebanyak 325 hp.
Bagi struktur binaan kenderaan, F80 menggunakan casis monocoque asimetri yang dibina daripada gentian karbon dan bahan komposit manakala bumbung dibuat sepenuhnya daripada gentian karbon, dan kedua-dua subframe hadapan dan belakang adalah aluminium.
Reka bentuk asimetri casis bermakna tempat duduk pemandu boleh laras , manakala pintu jenis butterfly F80 membolehkan kemasukan dan jalan keluar bagi penumpang yang lebih mudah.
Pada ruangan kabin, F80 mempunyai susun atur dua tempat duduk tradisional dengan kokpit yang lebih fokus pada pemandu dimana Ferrari mengelarnya sebagai konfigurasi “1+”.
Panel kawalan bersudut ke arah pemandu, dan tempat duduk pemandu ialah jenis bucket seat boleh laras berwarna merah terang, berbanding tempat duduk penumpang, yang dipasang pada casis.
Ferrari juga mencipta stereng baharu untuk F80 dengan bahagian atas dan bawah yang lebih rata yang akan membuat laluan kepada model Ferrari lain pada masa hadapan.
Pereka terkini Ferrari, Flavio Manzoni mereka bentuk F80 di Pusat Penggayaan Ferrari di Maranello dengan isyarat retro seperti “visor” lampu terinspirasi Daytona dan lengkungan roda belakang yang diinspirasikan oleh F40.
Ia terletak hampir 2.0 inci lebih rendah daripada LaFerrari, dan aero aktif memberikan F80 dua rasa visual yang unik di bahagian belakang.
Ferrari mengambil sebahagian besar petunjuk aerodinamiknya daripada Formula 1 dimana hidung mancung digabungkan dengan S-Duct tandatangan Ferrari memberikan F80 460kg downforce pada kelajuan 250kmj di bahagian hadapan sahaja.
Dengan sayap aktif dan diffuser berukuran 71.0 inci yang besar, F80 menghasilkan 500kg downforce di belakang, dengan jumlah 1000kg downforce pada kelajuan 250kmj.
Ferrari F80 mempunyai tiga mod pemanduan berbeza: Hybrid, Performance, and Qualify.
F80 tidak mempunyai mod pemacu elektrik sepenuhnya, tetapi dengan mod Hybrid, ia mengutamakan pemulihan tenaga dan pengecasan bateri.
Manakala mod Perfomance mengeluarkan lebih banyak kuasa sambil mengekalkan bateri pada keadaan pengecasan sekitar 70 peratus.
Mod Qualify merupakan mod dimana keseluruhan kuasa kenderaan ini dikeluarkan, senang kata, ia merupakan mod Sport atau Race bagi Ferrari F80 ini.
Ferrari turut memperkenalkan teknologi baharu yang dipanggil Boost Optimization yang boleh diakses oleh pemandu dalam mod Perfomance dan Qualify.
Selepas pusingan peninjauan pantas di trek pilihan, Boost Optimization akan mengenali kawasan tertentu dalam trek di mana ia boleh memberikan rangsangan tambahan.
Untuk membawa F80 kembali ke kelajuan pada laluan lurus yang panjang itu, Ferrari bekerjasama secara langsung dengan Brembo untuk memperkenalkan teknologi brek CCM-R Plus baharu.
Brek karbon termaju menggunakan gentian lebih panjang yang meningkatkan kekuatan mekanikal berbanding brek gentian karbon tradisional sebanyak 100 peratus, sambil meningkatkan ketersambungan terma sebanyak 300 peratus.
Sebagai hypercar tercanggih Ferrari kini, ia turut menerima sistem unit suspension aktif dengan asas spool-valve dampers dari Multimatic.
Setiap valve mempunyai motor yang boleh membrek atau mempercepatkan piston, menghapuskan keperluan untuk anti-roll bar dan membolehkan penyebaran yang besar antara kualiti pemanduan dan prestasi pengendalian.
Yang paling penting, sistem suspensi tersebut bakal memastikan platform aerodinamik yang sangat stabil kerana F80 mampu dipandu pada kelajuan dan downforce yang tinggi.
Pembeli boleh memilih daripada dua pilihan tayar yang sangat baik: Michelin Pilot Sport Cup 2s atau Pilot Sport Cup 2Rs, berukuran 285/30 di hadapan dan 345/30 di belakang.
Selain itu, Ferrari juga menawarkan beberapa peralatan keselamatan aktif; Brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong, bantuan jaga lorong, bantuan pancaran tinggi automatik dan pengecaman tanda trafik.
Ferrari F80 dijual dengan harga €3.6 juta (RM16.8 juta), itu menjadikannya sebagai Ferrari baharu yang paling mahal sepanjang masa, dan menggandakan harga daripada McLaren W1.
Ferrari menetapkan hanya 799 unit F80 akan dibina dan pengeluaran bermula pada penghujung 2025 dan akan berlangsung sehingga 2027.
[ad_2]
Source link