Automotive News

MG Cyberster kini dibuka untuk tempahan – anggaran bawah RM350,000

MG Cyberster akan membuat penampilan umum di Auto Car Expo (ACE) 2024 di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 26 dan 27 Oktober 2024.

MG Cyberster hanya ditawarkan dengan satu varian yang tampil dengan nadi dua motor elektrik depan dan belakang yang memberi kuasa output sehingga 503 PS dan tork maksimum 725 Nm.

 

 

Motor elektrik tersebut menjana kuasa dari pek bateri berkapasiti 77 kWj, yang memberi prestasi memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km (WLTP).

Sebagai sebuah EV, MG Cyberster tampil dengan pengecas AC 7 kW mengambil kira-kira 10.5 jam untuk cas penuh dari 10 hingga 100 peratus.

 

cyberster

 

Manakala dengan pengecas awam pantas 150 kW DC, ia mampu mengecas dari 10 hingga 80 peratus dalam hanya 38 minit.

Dari segi reka bentuk, MG Cyberster tampil dengan siluet rendah dan lebar serta bumbung jenis softop yang boleh dibuka.

MG Cyberster menampilkan ciri sebuah kereta prestasi iaitu pintu elektrik tanpa bingkai jenis scissor yang bukan sahaja memudahkan akses tetapi juga menambah gaya.

 

cyberster

 

Roadster ini dilengkapi roda aloi Jetstream 20-inci, angkup brek merah yang menonjol dan lampu depan LED automatik dengan DRL untuk penglihatan lebih jelas.

Bahagian dalam Cyberster menampilkan pakej dalaman sporty dengan tempat duduk sport jenis kulit yang dihiasi sisipan Alcantara dan stereng berbalut kulit Nappa untuk keselesaan dan gaya.

 

cyberster

 

Sistem infotainmennya dilengkapi paparan skrin sentuh bersaiz tujuh-inci, dan paparan pemandu bersaiz 10.25 inci dan dua skrin tambahan – inci di kiri dan kanan.

Untuk beri pengalaman audio yang mantap, ia hadir dengan sistem bunyi jenama Bose 8 pembesar suara.

MG Cyberster dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) di bawah jenama MG Pilot yang menampilkan ciri utama seperti;

 

  • Front Collision Warning (FCW) and
  • Automatic Emergency Braking (AEB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC),
  • Traffic Jam Assistance (TJA),
  • Lane Departure Warning (LDW),
  • Lane Keeping Assistance (LKA),
  • Blind Spot Detection (BSD),
  • Lane Change Assist (LCA),
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Intelligent High Beam Assist

 

MG Cyberster boleh didapati dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White.

Bagi pilihan Dynamic Red dan Camden Grey, ia mempunyai bahagian dalam hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White dilengkapi dengan bahagian dalam kelabu.

 

cyberster

 

Sewaktu acara berlangsung, MG HS dan MG Cyberster boleh ditempah awal dengan anggaran harga bagi MG Cyberster akan turut diumumkan.

Pengunjung juga berpeluang berbincang dengan pakar SAIC Motor Malaysia mengenai inisiatif syarikat dalam menerajui masa depan mobiliti yang lebih mesra alam.




Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button