Malaysia Auto News

Cara Halau Lipas dalam Kereta Anda dengan Tips Rahsia Ini – Insights

 

Inginkan cara menghalau lipas dalam kereta anda? Gunakan tips ini untuk menghalau dan menghalang lipas dari masuk ke kereta anda.

 


Lipas dalam kereta adalah masalah yang sering dihadapi ramai pemilik kenderaan. Selain menimbulkan rasa kurang selesa, lipas juga boleh menyebabkan gangguan ketika memandu dan mungkin menyebabkan bakteria tersebar.

Punca Lipas Dalam Kereta

Biasanya, lipas tertarik untuk masuk ke dalam kereta kerana sisa makanan atau kelembapan. Tempat yang gelap dan tertutup seperti dalam kereta adalah tempat untuk lipas membiak dan menjadikan rumahnya. Tumpahan makanan atau minuman, terutama di bawah tempat duduk, boleh menjadi punca utama kehadiran lipas.

1. Sentiasa Pastikan Kereta Bersih

Vakum semua bahagian dalam kereta, terutama tempat duduk dan bahagian tersembunyi yang mudah terkumpulnya serpihan makanan. Pastikan juga bahagian bawah tikar kereta dibersihkan.

2. Gunakan Daun Pandan untuk Menjauhkan Lipas

Letakkan beberapa helai daun pandan di beberapa tempat dalam kereta. Daun pandan tidak disukai lipas kerana baunya yang kuat, dan dapat memberikan aroma yang segar dan semula jadi dalam kereta dan antara cara hilangkan lipas dalam kereta paling mudah.

3. Taburkan Baking Soda atau Serbuk Kopi

Baking soda dan serbuk kopi juga berkesan menghalau lipas kerana keduanya mengeluarkan bau yang tidak disukai lipas dan mampu menjadi ubat lipas kereta buatan sendiri. Masukkan sedikit dalam bekas kecil dan letakkan di beberapa sudut dalam kereta.

4. Spray Lipas Kereta

Campuran air dan cuka putih juga dapat menghalau lipas. Gunakan spray campuran ini pada kawasan dalam kereta seperti di celah-celah tempat duduk. Walaupun baunya mungkin hilang selepas beberapa jam, kesannya dapat bertahan lebih lama.

5. Pasang Perangkap Lipas Jika Perlu

Jika masalah lipas berkelanjutan, perangkap lipas boleh membantu. Pilih perangkap tanpa bau dan letakkan di bahagian tersembunyi seperti di bawah tempat duduk.

6. Gunakan Marjerin dan Minyak Sebagai Perangkap Lipas

Letakkan sedikit marjerin dan minyak ke dalam bekas dan letakkan di tempat yang biasanya terdapat lipas dalam kereta. Lipas akan tertarik dengan tekstur berminyak pada marjerin, memudahkan ia terperangkap dan mampu bunuh lipas dalam kereta. Pastikan anda membuang perangkap ini selepas beberapa jam bagi mengelakkan bau busuk. Ini merupakan cara perangkap lipas dalam kereta yang mudah dihasilkan oleh setiap orang.

 Langkah Tambahan untuk Menghindari Lipas

  • Elak Makan Dalam Kereta: Hindari makan dalam kereta bagi mengurangkan sisa makanan yang tertinggal.
  • Keringkan Kelembapan: Pastikan tiada kelembapan berlebihan dalam kereta dengan mengalirkan udara atau menjemur kereta.
  • Gunakan Penyegar Udara Berbau Sitrus: Bau sitrus seperti lemon atau oren tidak disukai lipas dan dapat membantu mencegah kehadiran mereka.

Kereta lama juga berkemungkinan akan menjadi kotor dan boleh menjadi tempat pembiakan lipas. Jika anda mencari kereta yang baru, bersih, berkualiti tinggi, anda boleh melayari Carlist.my dengan lebih lanjut.



Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button