Pikap UTE pertama Kia diperkenalkan – Kia Tasman 2025

[ad_1]
Kia Tasman tampil sebagai pendatang baharu dalam kelas pikap bersaiz sederhana dan bakal bersaing dengan pikap Ford Ranger dan beberapa lagi pikap yang ditawarkan dalam pasaran seperti Australia, Timur Tengah.
Seperti jenama pikap lain, sebagai sebuah pikap UTE, Kia Tasman turut diperkenalkan dengan dua versi kabin, iaitu kabin tunggal (single-cab), atau double-cab, sesuai untuk kegunaan peribadi atau komersial.
Dari reka bentuk, kelihatan lebih unik atau lain daripada lain untuk sebuah model jenama Kia, dari segi visual, jelas kelihatan rupa bentuk yang gagah, dan tidak ‘over’, mudah kata, ia seimbang dari segi reka bentuk.
Jika dilihat dari rupa hadapan, logo ‘KIA’ jelas kelihatan berada atas gril yang boleh dikatakan agak menonjol, dan bahagian upper bumper hadapan kelihatan rata dipadankan dengan garisan hud yang tinggi.
Selain itu, jika dilihat dari perspektif hadapan juga, lampu hadapan DRL menegak kelihatan tersembunyi dan lebih low profile, tambah-tambah lagi, ia diposisikan di bahagian atas wheel arch dan fender sisi.
Walaubagaimanapun, bahagian lower bumper hadapan Kia Tasman yang gagah itu kelihatan bersedia untuk mengharungi setiap laluan off-raod yang lasak, harapnya begitu?
Sebagai sebuah pikap, Kia Tasman mempunyai tawaran saiz roda 17 dan 18 inci yang dibaluti dengan tayar jenis All-terrain untuk dipadankan dengan pelbagai permukaan mengikut mod pemanduan seperti Desert, Mud, Snow, dan Rock
Pada pandangan sisi dan belakang, tidak banyak dapat diperkatakan, elemen reka bentuk geometri sememangnya diterapkan dalam reka bentuk Kia Tasman ini untuk keseluruhannya.
Melangkah ke bahagian dalaman, Kia Tasman menampilkan reka bentuk yang serba moden digabungkan pula elemen reka bentuk ‘high-tech’ pada panel dashboard yang bersegi geometri.
Keseluruhan kabin jelas kelihatan menggunakan warna gelap, namun warna beige kontra digunakan untuk bahagian terperinci seperti pada dashboard, trim pintu, ruangan kompatmen dan cup holder.
Pada bahagian panel dashboard, Tasman menampilkan gabungan paparan skrin instrumen kluster bersaiz 12.3 inci, sistem infotainmen juga bersaiz 12.3 inci dan paparan lima inci diposisikan antara kedua-dua paparan tersebut.
Kia mengekalkan fungsi butang fizikal pada bahagian dashboard untuk kegunaan beberapa ciri seperti, kawalan penghawa dingin, hazard light, beberapa butang ciri mudah infotainmen dan kawalan pembesar suara.
Manakala pada bahagian centre stack, terdapat butang untuk selaraskan Tasman dengan keadaan jalan off-road seperti 2H, 4A, 4H, 4L seterusnya, butang fungsi auto hold, kamera parking, penderia parking dan differetial lock.
Tetapi pada ruangan konsol tersebut, terdapat plak yang menunjukkan ukuran dimensi Kia Tasman ini.
Pada barisan tempat duduk belakang, Kia Tasman memberi ruang simpanan pada bahagian bawah barisan tempat duduk itu, untuk pengguna menyimpan barangan peribadi atau sebagainya.
Untuk trenkuasa dan prestasi, bagi pasaran Korea, Tasman mendapat enjin petrol 2.5 liter yang menghasilkan kuasa 277hp dan tork 422Nm yang mampu memecut dari 0-100kmj dalam 8.5 saat dan kelajuan tertinggi pada 185kmj.
Manakala bagi pasaran Australia, ia menggunakan enjin turbodiesel 2.2 liter dengan kuasa output 207 hp dan tork 441Nm dan mempunyai kelajuan tertinggi yang sama tetapi mengambil masa 10.4 saat untuk mencapai 100kmj.
Bagi pasaran di Timur Tengah dan Afrika, pelanggan boleh memilih daripada dua enjin petrol dan diesel ini.
Kedua-duanya datang dengan tangki bahan api 79.8 liter dan kapasiti menunda maksimum 3,500kg namun mempunyai kapasiti muatan berbeza dari 1017kg hingga 1195kg dan isipadu kargo bed ialah 41.4 kaki padu.
Selain itu, jurutera Kia juga telah menala Tasman dengan suspension hadapan double-wishbone dan gandar belakang tegar dengan leaf spring.
Kia turut mendakwa pikap itu boleh mengharungi air sehingga kedalaman 800mm pada kelajuan 7kmj, dan sebagai langkah keselamatan, terdapat penyambung kalis air untuk bahagian dalaman tertentu.
Kia akan menawarkan 13 aksesori termasuk roda gaya beadlock, side step, dan bahagian belakang ruangan bed bercahaya boleh dikonfigurasikan dengan kanopi, sliding tonneau cover, roll bar, dan rak bumbung yang serasi dengan khemah atas bumbung juga disediakan.
Korea Selatan akan menjadi pasaran pertama yang mendapatkan Tasman pada separuh pertama 2025 sebelum pikap pertama Kia tiba di Australia, Afrika dan Timur Tengah.
Syarikat itu menganggap Arab Saudi akan menjadi salah satu pasaran utama untuk trak itu, oleh itu mengapa tayangan perdana dunia berlangsung di Jeddah International Motor Show.
[ad_2]
Source link