Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Automotive News

BYD Sealion 7 rasmi dilancarkan, jarak gerak 567KM – dari RM183,800

[ad_1]

BYD Sealion 7 tampil sebagai sebuah SUV dengan pengayaan reka bentuk coupe, sporty dan lebih sleek, dan bagi pasaran Malaysia ia ditawarkan dengan dua pilihan varian, Premium dan Performance.

SUV Coupe BYD ini menampilkan ukuran dimensi 4830mm panjang, 1620mm tinggi, 1925mm lebar dan jarak roda pada 2930mm panjang.

 

 

Perbezaan kedua-dua varian yang jelas dan secara visual adalah penggunaan saiz roda, dimana varian Premium terima saiz roda 19 inci dengan balutan tayar 235/50R19 pada bahagian hadapan, dan 255/45R19 pada bahagian belakang.

Manakala bagi varian tertinggi, Performance menerima saiz roda yang lebih besar, iaitu saiz 20 inci dimana kesemua roda dibaluti dengan tayar bersaiz 245/45R20.

 

byd

 

Kedua-dua varian BYD Sealion 7 didatangkan dengan pek bateri BYD Blade Battery yang mempunyai kapasiti sehingga 82.5 kWj namun mempunyai beberapa perbezaan dari segi prestasi dan jarak gerak.

Bagi varian Premium, ia dipacu dengan motor elektrik tunggal pada gandar belakang (RWD) yang memberi kuasa output pada 308hp dan kuasa tork pada 380Nm.

Gabungan kuasa itu memberi pecutan varian ini dari 0-100kmj hanya dalam 6.7 saat dan bagi prestasi elektrifikasi, ia mampu bergerak dengan jarak gerak sehingga 567Km mengikut kitaran NEDC.

 

byd

 

Manakala varian Performance, ia dipacu dengan dua motor elektrik pada kedua-dua gandar hadapan dan belakang yang memberi kuasa output pada 523hp dan kuasa tork tertinggi pada 690Nm.

Gabungan kuasa itu memberi pecutan varian ini dari 0-100kmj hanya dalam 4.5 saat dan bagi prestasi elektrifikasi, ia mampu bergerak dengan jarak gerak sehingga 542Km mengikut kitaran NEDC.

 

byd

 

Bagi ciri elektrifikasi dan pengecasan, BYD Sealion 7 tampil dengan sistem pengecasan AC Type 2 11kW, manakala sistem pengecasan pantas DC CCS2 yang menyokong sehingga 150kW.

Sebagai sebuah EV, ia turut dilengkapi dengan ciri Vehicle-to-Load (V2L), dimana ciri ini membenarkan kenderaan Sealion 7 ini menjadi sumber tenaga elektrik bagi perkakas elektrik kecil.

 

byd

 

Pada bahagian dalaman, Sealion 7 menampilkan ciri teknologi tinggi yang beri lebih pengalaman pemanduan yang lebih baik seiring dengan keseimbangan keselesaan dalaman dengan kerusi balutan kulit menambah ciri pengayaan.

Selain itu, Sealion 7 turut menerima paparan infotaimen jenis berputar seperti barisan model sebelum ini, yang berukuran 15.6 inci dengan sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

 

byd

 

Manakala pada kokpit pemandu, terdapat paparan klustermeter LCD bersaiz 10.25 inci, stering balutan kulit yang disertakan butang kawalan dan kerusi boleh laras lapan arah, serta laras empat arah untuk bahagian lumber.

Untuk menambah lebih pengalaman pemanduan yang lebih menarik, Sealion 7 turut dilengkapi dengan 12 sistem audio bunyi dari DYNAUDIO, bumbung panoramik untuk beri lebih rasa luas dan dual-zone penghawa dingin auto.

 

byd

 

BYD Sealion 7 turut dilengkapi dengan dengan sembilan beg udara iaitu depan, sisi depan, sisi belakang, tirai dan tengah depan pemandu, memberikan perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku perlanggaran.

Ia turut menerima teknologi bantuan pemandu lanjutan seperti Ciri Kawalan Halaju Adaptif, Brek Kecemasan Automatik, Amaran Keluar Lorong dan Pengesanan Titik Buta direka untuk memberi amaran kepada pemandu tentang sebarang risiko yang dihadapi, memastikan keselamatan kenderaan dan juga pemandu serta penumpangnya.

 

byd

 

BYD SEALION 7 disediakan dalam 4 pilihan warna, termasuk Cosmos Black (Hitam), Aurora White (Putih), Atlantis Grey (Kelabu Atlantis) dan Shark Grey (Kelabu Jerung) bagi kedua-dua varian.

BYD Sealion 7 dijual dengan tanda seperti berikut; varian Premium dari RM183,800, manakala varian Performance ditawarkan pada harga dari RM199,800. 

 

byd

 

Bagi meraikan pelancaran ini, satu promosi khas tempahan awal disediakan untuk pelanggan yang membuat tempahan BYD SEALION 7 sebelum 17 November 2024.

Tawaran eksklusif ini merangkumi Pengecas di Rumah (Home Charger) percuma dan kredit pengecasan RM800 dengan pembelian mereka.

Pelanggan perlu mendaftar BYD SEALION 7 mereka sebelum 31 Disember 2024 untuk melayakkan diri bagi promosi ini.

 

byd

 

BYD SEALION 7 akan membuat penampilan sulungnya dari 15 hingga 17 November di Aras Upper Ground, The Exchange 106, Kuala Lumpur.

Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dan pandu uji kenderaan ini secara eksklusif.



[ad_2]
Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button