Malaysia Auto News

Plug-in Hybrid SUV premium Jaecoo J7: Launch, Review dan Harga bermula RM138,800 – Insights

 

Ketahui lebih lanjut berkenaan kereta SUV plug-in hybrid Jaecoo J7 Malaysia PHEV yang akan di launch sekitar hujung tahun. Pelajari review specs & harga kereta Jaecoo J7.


 

Pada masa serba moden, Jaecoo J7 hybrid PHEV muncul sebagai salah satu model SUV best plug-in hybrid yang dinantikan. Jaecoo J7 launch akan dijadualkan sekitar November atau Disember 2024, J7 PHEV menjanjikan kombinasi prestasi, kecekapan bahan bakar, dan ciri-ciri teknologi canggih yang pasti menarik perhatian peminat automotif.

 

Harga

Harga Jaecoo J7 Malaysia mengumumkan anggaran harga bermula dari RM138,800 dan akan mula dihantar kepada pelanggan bermula Februari 2025. Terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu J7 All Wheel Drive (AWD) dan 2 Wheel Drive (2WD). Harga bagi varian 2WD ada sekitar RM170,00 dan RM180,000 untuk model AWD.

 

Reka Bentuk dan Interior

Jaecoo J7 PHEV menampilkan reka bentuk yang moden dan aerodinamik. Garis-garis tajam dan sporty memberikan penampilan yang menonjol di jalan raya. Tidak ketinggalan dengan warna yang menarik iaitu Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green. Bahagian dalamnya direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada penumpang, dengan bahan berkualiti tinggi dan teknologi terkini. Sistem infotainment yang intuitif, bersama dengan sambungan smartphone, memastikan pemandu dan penumpang sentiasa terhubung. Antara ciri-ciri interior dan exterior yang diminati orang ramai adalah: 

Interior : 

  • 64-colour Rhythmic Ambient Lights

  • Front Centre armrest, bersama Cool Box

  • Panoramic Sunroof

  • Rear Reading Light

  • Seat upholstery – Artificial Leather

Exterior : 

 

Jaecoo J7 Specs

Jaecoo J7 PHEV menggunakan enjin empat silinder turbocharged 1.5 liter yang menghasilkan 143 hp dan 215 Nm tork. Enjin ini berfungsi dengan transmisi hibrid khusus (DHT) yang memberikan jumlah keseluruhan output sebanyak 347 hp dan 525 Nm tork. Ini membolehkan Jaecoo J7 PHEV mempercepat dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 8.5 saat.

Bateri yang digunakan dalam Jaecoo J7 PHEV adalah 18.3 kWh Blade Lithium Iron Phosphate (LFP) yang menyediakan jarak 106 km berdasarkan kitaran NEDC. Dengan kecekapan bahan bakar sebanyak 5.99 l/km dan kapasiti tangki bahan bakar sebanyak 60 liter, Jaecoo J7 PHEV boleh bergerak sehingga 1,300 km. Jaecoo J7 PHEV juga menyokong pengecasan cepat DC sehingga 40 kW dan pengecasan AC hingga 6.6 kW.

 

Untuk mengetahui specs Jaecoo yang mungkin anda cari dan minati, anda boleh layari official website Jaecoo J7 PHEV. Di sini, anda akan menemukan maklumat lengkap mengenai J7 PHEV.

Jika anda ingin membeli atau menjual kereta terpakai, anda boleh melayari Carlist.my untuk maklumat lanjut. 



Source link

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button