BYD Sealion 7 Booking dibuka di Malaysia: Saingan Tesla Model Y? – Insights
Ketahui kereta terbaru dari BYD Sealion Malaysia sudah dibuka untuk tempahan! Terokai specs, harga, menjelang launch di Malaysia.
Jenama BYD sekali lagi menonjol dalam dunia kereta elektrik dengan pelancaran model terbaru mereka, BYD Sealion 7, kereta ini sudah dibuka untuk booking dengan booking fee sebanyak RM 1000 di pengedar yang berdekatan. Kereta ini hadir dengan reka bentuk atap menyerupai coupe yang memberi sentuhan sporty pada SUV elektrik.
Harga
Harga BYD Sealion 7 dijangka akan berada dalam julat yang hampir sama dengan BYD Seal, memberikan pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari SUV elektrik premium dengan harga yang kompetitif. Akan tetapi, di Hong Kong, harga BYD Sealion 7 berada dalam julat kira kira RM 149,000 hingga RM 169,000. Ini jauh lebih rendah berbanding Tesla Model Y yang berharga antara RM 164,000 sehingga RM 195,000. Untuk BYD Sealion 7 yang bakal tiba di Malaysia ini masih belum ada harga tetap yang dikeluarkan oleh BYD.
Spesifikasi dan Saiz
Di khabarkan kereta ini adalah versi Sealion EV yang lebih tinggi dan sedikit besar berbanding model sebelumnya, BYD Seal, dengan ukuran panjang 4,830 mm, lebar 1,925 mm, dan tinggi 1,620 mm, dan jarak roda yang lebih panjang iaitu 2,930 mm.
Platform dan Teknologi
Bergantung pada pasaran, Sealion 7 ini dilengkapi dengan seni bina e-Platform 3.0 berasaskan 400V, sementara versi lebih canggih akan dibekalkan dengan e-Platform 3.0 Evo yang lebih canggih berasaskan 800V, yang membolehkan kelajuan pengecasan DC yang lebih pantas sehingga 240 kW.
Di Hong Kong, BYD Sealion 7 Malaysia ditawarkan dengan pek bateri 82.56 kWh, yang memberikan jarak pemanduan yang dianggarkan berdasarkan NEDC sebanyak 567 km untuk varian standard dan 542 km untuk varian yang lebih rendah.
Sementara itu, di Eropah, model ini dilengkapi dengan pek bateri yang lebih besar, iaitu 91.3 kWh (82.5 kWh boleh digunakan), yang membolehkan jarak pemanduan yang lebih panjang. Berdasarkan penarafan WLTP, Sealion 7 di Eropah menawarkan jarak pemanduan sehingga 610 km untuk varian yang lebih tinggi, dan 550 km untuk varian yang lebih rendah.
Perbandingan dengan Tesla Model Y
Tidak asing lagi pesaing untuk kereta BYD Sealion SUV ini adalah Tesla Model Y di Malaysia apabila ia model pertama di bina diatas casis e-Platform 3.0 Evo, yang dilengkapi dengan sistem pemacu elektrik 12-dalam-1. Sistem ini menyokong motor elektrik yang dapat berputar sehingga 23,000 rpm memberikan prestasi yang mengagumkan dan responsif.
Dengan kombinasi prestasi yang mengagumkan, jarak yang baik, dan harga yang kompetitif, BYD Sealion 7 berpotensi untuk menarik perhatian pengguna yang mencari SUV elektrik. Model ini menandakan langkah BYD dalam memperluaskan pengaruhnya di pasaran EV global, terutamanya dalam persaingan dengan jenama terkemuka seperti Tesla.
Jika anda berminat untuk membeli kereta elektrik dengan harga yang berpatutan, boleh layari Kereta Elektrik untuk dijual.