Senang Je Rupa-rupanya Cara Pasang Wiper Kereta!

[ad_1]
Antara langkah penyelenggaraan kereta yang paling senang untuk dilakukan adalah menukar wiper kereta atau bilah pengelap cermin. Tetapi, ia merupakan satu langkah yang sangat penting untuk memastikan keselamatan anda di jalan raya, terutama sekali dalam keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat atau ribut.
Wiper yang berfungsi dengan baik penting untuk memastikan anda dapat melihat jalan dengan jelas apabila memandu dalam keadaan hujan. Sama ada anda seorang yang ada pengalaman menyelenggara kereta atau baru berjinak-jinak dalam bidang ini, CARSOME kongsikan panduan lengkap mengenai cara pasang wiper kereta dalam artikel ini untuk membantu anda.
Artikel berkaitan: Wiper Patah Boleh Kena Saman? Dan Kerosakan Kereta Lain Yang Boleh Sebabkan Anda Kena Saman!
Bila Wiper Kereta Perlu Ditukar?
Tak kira dalam keadaan cuaca apa sekalipun, wiper kereta perlu diperiksa dengan kerap. Ini kerana ia boleh mengalami haus dan lusuh jika dibiarkan terdedah di bawah cahaya matahari secara berpanjangan.
Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk menukar wiper kereta anda:
1. Wiper Tinggalkan Kesan Comot
Jika wiper kereta anda tidak dapat mengelap kesan air sepenuhnya pada cermin hadapan atau meninggalkan kesan comot, ini bermakna keberkesanan getah wiper sudah mula berkurangan.
2. Bunyi Berdecit Bila Wiper Digunakan
Ada bunyi yang menyakitkan telinga bila wiper kereta mengelap permukaan cermin kereta? Itu bermakna getah wiper anda sudah haus.
3. Wiper Tak Bergerak Dengan Lancar
Pergerakan wiper kereta tersangkut-sangkut atau tak lancar? Mungkin getah pada bilah wiper anda sudah terlalu keras.
4. Setiap 6 Hingga 12 Bulan
Secara umumnya, wiper kereta anda perlu ditukar setiap 6 hingga 12 bulan, tertakluk kepada keadaan wiper dan juga penggunaan anda. Ini bagi memastikan wiper sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Cara Pasang Wiper Kereta
Langkah 1: Sediakan Bilah Wiper Baharu
Anda cuma perlu sediakan bilah wiper baharu dengan saiz yang tepat untuk kereta anda. Jika anda tak pasti apa saiz bilah wiper kereta anda, sila rujuk buku manual kereta. Biasanya tiada sebarang peralatan tambahan yang diperlukan untuk menukar wiper.
Langkah 2: Angkat Wiper Arm
Angkat wiper arm daripada cermin hadapan sehingga ia terkunci dan berada dalam kedudukan menegak.
Langkah 3: Buka Kunci Penyambung Wiper
Biasanya, bahagian tengah wiper mempunyai mekanisma pengunci yang menyambungkan komponen tersebut dengan wiper arm. Anda cuma perlu tekan tab pelepas dan bilah wiper boleh ditolak ke bawah untuk ditanggalkan.
Langkah 4: Tanggalkan Bilah Wiper Lama
Dengan berhati-hati, tolak bilah wiper dan tanggalkannya daripada wiper arm. Jangan turunkan wiper arm semasa langkah ini kerana ia boleh merosakkan cermin hadapan.
Tak semua wiper arm mempunyai jenis sambungan yang sama dan setiap sambungan tersebut memerlukan cara memasang dan menanggalkan wiper yang berbeza. Sila rujuk buku manual kereta anda untuk dapatkan cara yang betul. Berikut adalah antara jenis sambungan wiper kereta yang boleh didapati:
Langkah 5: Pasang Bilah Wiper Baru
Ambil bilah wiper baru dan pasangkan pada wiper arm.
Langkah 6: Letak Wiper Arm Pada Kedudukan Asal
Turunkan semula wiper arm pada cermin kereta dan pastikan bilah wiper berada dalam kedudukan yang betul. Jika diperlukan, tanggalkan dan pasang semula bilah wiper untuk memastikan ia boleh berfungsi dengan baik.
Dah Selesai! Tak Susah Pun Nak Tukar Wiper Kereta Sebenarnya!
Tahniah, anda dah berjaya menukar wiper kereta anda sendiri! Sekarang anda boleh memandu tanpa was-was walaupun dalam cuaca hujan atau ribut.
Ia mungkin kelihatan mudah tetapi ramai yang sering terlepas pandang langkah penyelenggaraan ini. Kami harap anda lebih yakin untuk menukar wiper kereta anda sendiri menggunakan panduan ini agar keselamatan anda lebih terjamin semasa memandu di jalan raya.
Artikel berkaitan: Tips Penjagaan, Cara Memilih Pengelap Cermin atau Wiper Kereta Terbaik
[ad_2]