5 Kereta MPV Terbaik di CARSOME yang Berbaloi untuk Dibeli!
[ad_1]
Tengah bersiap nak balik kampung tiba-tiba anak-anak anda mengadu yang tempat duduk belakang sempit? Mungkin dah tiba masanya untuk anda naik taraf kepada kereta MPV.
Kenapa perlu pilih MPV? Kenderaan pelbagai guna atau multi-purpose vehicle (MPV) merupakan sebuah kenderaan serba boleh yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang dengan selesa serta mempunyai ruang but yang mencukupi untuk menyimpan semua barangan anda.
Dalam artikel ini, CARSOME menyenaraikan lima kereta MPV terbaik dengan harga bawah RM100,000 yang boleh anda pertimbangkan jika anda mahu menaik taraf kereta anda dengan bajet yang terhad.
Artikel berkaitan: 5 Pilihan Kereta Keluarga Mampu Milik Terbaik untuk Balik Kampung!
1. Nissan Serena – Daripada RM99,400
Nissan Serena ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Nissan Serena S-Hybrid Highway Star dan Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star. Kedua-dua model ini didatangkan dengan kapasiti enjin dan ciri keselamatan yang sama kecuali model Premium dilengkapi dengan warna dwitona, tempat duduk kulit, dan beberapa aksesori tambahan lain.
MPV tujuh tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1,977 CC dengan transmisi XTRONIC CVT yang berupaya menghasilkan kuasa sebanyak 147 HP pada 6,000 RPM dan 200 Nm tork pada 4,400 RPM. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan lengkap seperti enam beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Sistem Bantuan Brek (BA).
Layari pilihan Nissan Serena terpakai di sini.
2. Toyota Innova – Daripada RM94,800
Jika anda mahukan kereta MPV yang berkuasa, Toyota Innova dengan enjin 2.0 L VVT-I yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan adalah pilihan yang paling tepat. Kereta MPV ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 139 PS pada 5,600 RPM dan 183 Nm tork pada 4,000 RPM.
Selain daripada menawarkan ruang dalaman yang mampu memuatkan sehingga lapan penumpang dengan selesa, Toyota Innova juga dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih seperti tujuh beg udara untuk pemandu dan penumpang, Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning), sensor letak kereta, Sistem Bantuan Mula Daki (Hill Start Assist), serta Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD) untuk menjamin keselamatan anda dan penumpang anda semasa berada di jalan raya.
Layari pilihan Toyota Innova terpakai di sini.
3. Mitsubishi Xpander – Daripada RM82,900
Kereta MPV daripada Mitsubishi ini menggabungkan gaya, keselamatan, dan keselesaan dalam satu pakej lengkap! Mitsubishi Xpander memang nampak bergaya dengan rekaan moden yang dapat menarik minat golongan pemandu muda. Ia turut dilengkapi dengan enjin 1.5 L empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 105 HP dan 141 Nm tork yang cukup untuk memberi pengalaman memandu yang lancar.
Dari segi keselamatan pula, Mitsubishi Xpander dilengkapi dengan dua beg udara pada bahagian hadapan, Sistem Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD), serta pemegang ISOFIX untuk menjamin keselamatan anak kecil anda. Jika anda mencari pilihan kereta MPV yang praktikal, Mitsubishi Xpander adalah pilihan terbaik anda!
Layari pilihan Mitsubishi Xpander terpakai di sini.
4. Perodua Alza – Daripada RM54,000
Perodua Alza boleh dikatakan sebagai kereta MPV tujuh tempat duduk mampu milik yang paling popular di Malaysia. Dari segi prestasi, Perodua Alza dikuasakan oleh enjin 1,495 CC DOHC, Dual VVT-i 4 silinder yang efisien dan berupaya menghasilkan sehingga 104 PS pada 6,000 RPM dan 136 Nm pada 4,400 RPM.
Tahukah anda yang Perodua Alza merupakan model kereta tempatan kelima terlaris di Malaysia sepanjang tahun 2023 selepas Perodua Bezza, Perodua Myvi, Perodua Axia, dan Proton Saga berdasarkan data dan analisis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dengan kos penyelenggaraan yang sangat berpatutan serta penjimatan bahan api yang ditawarkan oleh kereta MPV ini, tak hairanlah ia menjadi pilihan utama para pemandu di kawasan bandar!
Layari pilihan Perodua Alza terpakai di sini.
5. Proton Exora – Daripada RM32,800
Jangan terkejut, walaupun kereta MPV tempatan ini dijual pada harga marhaen, tapi ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang membuatkannya setaraf dengan kereta MPV daripada jenama antarabangsa. Pada bahagian enjin, Proton Exora dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder, 1.6L DOHC VVT yang digandingkan dengan transmisi CVT yang berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 138 HP pada 5,000 RPM dan 205 Nm tork pada 4,000 RPM.
Proton Exora juga cemerlang dari segi keselamatannya. Ia dilengkapi dengan dua beg udara di bahagian hadapan, Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD), serta pemegang ISOFIX untuk kerusi bayi yang menjadikannya pilihan yang menarik jika anda mencari kereta MPV yang selamat, selesa, dan sesuai untuk kegunaan harian.
Layari pilihan Proton Exora terpakai di sini.
Pilih MPV CARSOME Certified untuk Ketenangan Jiwa Mutlak!
Antara semua pilihan kereta MPV terbaik di Malaysia yang kami senaraikan di sini, yang mana satu pilihan anda? Jika anda sedang mencari mana-mana model kereta mpv terpakai untuk dibeli, layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk terokai pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.
Tambahan pula, semua kereta CARSOME Certified turut disenaraikan dalam talian dengan laporan pemeriksaan lengkap yang teliti bersama gambar yang jelas tanpa sebarang suntingan digital, dan juga pandangan 360 darjah untuk kereta yang terpilih.
Komitmen kami terhadap kepuasan anda tidak berhenti setakat di proses pembelian saja. Apabila anda memilih CARSOME Certified, anda mendapat manfaat daripada:
- Jaminan pulangan wang lima hari: Jika anda mengubah fikiran tentang kereta yang anda beli, pulangkan sahaja dalam lima hari untuk dapatkan pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan!
- Waranti satu tahun: Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap kereta CARSOME Certified kami dan kami akan memberi anda lanjutan waranti sehingga satu tahun.
Jom kasi jadi kat CARSOME hari ini!
Artikel berkaitan: Belanjawan Bijak: Membeli Kereta Keluarga Pertama Anda
Artikel ini telah diterbitkan pada 11/11/2020. Ia telah dikemaskini pada 08/05/2024 dengan informasi terbaharu yang lebih tepat.
[ad_2]