CHERY TIGGO 7 PRO kini rasmi – harga dari RM119,800 untuk 2,000 terawal
Chery Tiggo 7 Pro merupakan sebuah model yang dibangunkan untuk diletakkan di dalam posisi kelas SUV segmen-C .
Mengenai spesifikasi enjin, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L Turbocharged Petrol Direct injection engine (TGDi), yang menghasilkan kuasa output sehingga 194hp dan 290Nm tork.
Trenkuasa itu dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan (DCT) yang memastikan penghantaran kuasa yang lancar sambil mengekalkan penggunaan bahan api pada 7.0L/100km.
Dari segi reka bentuk, Tiggo 7 Pro menampilkan gaya rekaan yang lebih moden, sporty dan segar sesuai untuk golongan muda yang meminati segmen SUV.
Ia dilengkapi dengan sunroof panoramik yang luas, memberi kelebihan pada model ini untuk pengguna menikmati perjalanan dengan pengalaman pemanduan yang lebih menarik kepada pemandu dan penumpang.
Tampil sebagai SUV lima tempat duduk, TIGGO 7 PRO direka dengan tapak kulit berkualiti tinggi pada semua tempat duduk, menawarkan rasa mewah yang juga mudah dijaga.
Ia turut mempunyai kapasiti kargo bersaiz 475L sehingga 1672L apabila kerusi belakang dilipatkan kebawah, untuk memberi lebih banyak ruang.
Model ini turut didatangkan dengan ciri-ciri dalaman yang mengikut peredaran tren terkini seperti skrin berkembar integrasi 24.6 inci.
Reka bentuk tersebut menggabungkan dua skrin iaitu infotainmen dan klustermeter pemandu menjadi satu paparan, memberikan penampilan moden dan kabin kenderaan.
Selain infotainmen yang disokong oleh Apple Carplay dan Android Auto, Tiggo 7 Pro turut dilengkapi dengan Sistem Audio dari Sony yang pasti memberi kualiti bunyi yang terbaik melalui 8 pembesar suara.
Tambahan juga, pencahayaan ambien dengan 64 warna tersedia menawarkan senario pencahayaan yang memberi suasana dalaman yang lebih menarik serta elegan.
Untuk ciri keselamatan pula, Chery Tiggo 7 Pro dilengkapi generasi terkini Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5) dan menetapkan standard baru untuk sistem bantuan pemandu lanjutan dalam pasaran kenderaan elektrik dengan 16 fungsi.
16 fungsi ciri keselamatan ADAS yang terdapat dalam Tiggo 7 Pro ini adalah seperti berikut;
- Front Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Multi Collision Brake (MCB)
- Traffic Jam Assistant (TJA)
- Door Open Warning (DOW)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Integrated Cruise Assist (ICA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Lane Change Assist (LCA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Lane Departure Reminder (LDR)
- Blind-spot Detection (BSD)
- Emergency Lane Keeping (ELK)
Tambahan, Tiggo 7 Pro turut tampil dengan fungsi bantuan pemanduan yang pasti memberi pengalaman pemanduan yang lebih menarik dan menenangkan, antaranya adalah;
- 540 darjah kamera panoramik
- Anti-lock Braking System (ABS) + Electronic Brake Force Distribution (EBD)
- Brake Assist System (BAS)
- Electronic Stability Program (ESP)
- Hill-start Assist Control (HAC) + Hill Descent Control (HDC)
- Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
Tiggo 7 Pro ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Bloodstone Red with Black Roof, Carbon Black, Vanilla Blue dan Khaki White bersama bumbung warna hitam.
Tiggo 7 Pro hadir dengan pakej komprehensif yang menawarkan seperti berikut;
- Perlindungan waranti selama tujuh tahun atau jarak perbatuan lebih 150,000KM
- Perkhidmatan tunda percuma selama tujuh tahun atau jarak perbatuan lebih 150,000KM
- Servis buruh percuma selama lima tahun
Chery Tiggo 7 Pro dijual dengan tanda harga bermula dari RM123,800, dan Chery Malaysia turut menawarkan harga istimewa bagi 2,000 pembeli terawal iaitu harga bermula dari RM119,800.